Friday, July 31, 2009
Membendung musibah wabak selsema babi
Begitulah tajuk khutbah jumaat hari ini. Menurut khatib sehingga hari ini sudah ada 4 kes kematian yang dilaporkan di negara ini semenjak wabak ini dikesan. Selain daripada menjelaskan simpton2 yang menyerang pengidap penyakit ini, khatib juga berpesan kepada setiap individu yang pekerjaannya terdedah kepada virus selsema babi ini agar sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan dijangkiti virus ini.
Natijah dari musibah ini,menurut pak khotib, tidak kira samaada apa jua jenis bencana, malapetaka, kehilangan harta benda, kelaparan dan sebagainya adalah balasan dari Allah terhadap kezaliman tangan2 manusia itu sendiri. Oleh itu sebagai seorang yang beriman, ingatlah bahawa kita bertanggung jawab di atas segala perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah taala.
Yang aku heran ni...apa pasal manusia yang ramai mati, padahal babi tu yang kena selsema? Kan lebih baik kita bagi obat kat babi2 yang kena selsema sebab selsema tu babi yang punya? Teringat pulak kata2 guru kami, sekiranya babi itu diberi makanan yang bersih, tempat tinggal yang bersih dan dijaga dengan rapi nescaya tidak dapat merubah ke'haram'an menatang bernama babi ini.
On the way balik dari masjid, terserempak pulak aku dengan sepasang couple dengan muka tak malu baru keluar 'beriadah' di Taman Rekreasi Bukit Dahlia. Apa yang diorang buat dalam tu diwaktu umat islam solat jumaat? Entahlah apa nak jadik...Inilah antara penyebab kepada kemurkaan Allah....So sama-samalah kita berdoa dijauhkan dari malapetaka dan bencana di bumi Pasir Gudang ini....amin.
Khutbah Jumaat di Masjid An Nur Komplek Pusat Bandar Pasir Gudang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment