Thursday, November 26, 2009

Salam Idul Adha

Selamat Hari Raya Idul Adha kepada semua warga team A dan sahabat2 di seluruh pelusuk dunia. Kepada yang melakukan ibadah korban pada tahun ini, tahniah diucapkan dan kepada yang tak sempat nak buat bolehlah start menabung untuk ibadah korban pada tahun depan. Nabi S.A.W yang miskin pun setiap tahun berkorban berekor-ekor unta, takkan la kita yang kaya raya, berkereta besar, rumah bertingkat2... satu bahagian lembu pun tak mampu! So berazamlah untuk jadi pemberi daging korban dan bukan sekadar penerima saja tiap2 tahun. Wallahu'alam...

Monday, November 23, 2009

Laporan jalan-jalan Team A di Endau Beach Resort

Warga team A cemerlang, gemilang, terbilang!!!
Sepertimana yang sudah sedia maklum, Team A telah mengadakan rombongan di Endau Beach Resort selama dua hari satu malam pada hari sabtu lepas. Sambutan pada kali ini amat di luar dugaan dengan kehadiran lebih daripada 40 peserta rombongan. Rombongan ini bertujuan memupuk semangat ukhuwah di antara ahli Team A. Antara aktiviti yang dijalankan disepanjang penginapan ialah seperti BBQ nite dinner,pertandingan kerusi beracun, tiup belon, teka-teki bersama tok janggut, jangan lupa lirik dan karaoke. Pada keesokkan harinya, aktiviti outdoor terbantut di sebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, ini tidak melunturkan semangat kami, aktiviti indoor diadakan di kafetaria seperti pertandingan karoom secara berkumpulan dan cabutan bertuah yang dimenangi oleh saudara Amin. Beliau telah memenangi dua buah baucer makan-makan di The Zone Hotel yang di taja oleh Tuan Roslani. Aktiviti bermandi-manda turut dijalankan tetapi tiada hadiah disediakan. Pada hari Ahad lebih kurang pukul 12:30 tengah hari, kami pun bertolak mengikut haluan masing-masing. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa perisiwa yang tidak diingini.Terima kasih kepada semua ahli rombongan atas komitmen yang telah diberikan dan semoga rombongan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. "Warga team A cemerlang, gemilang, terbilang" Sekian, Terima Kasih
Dari kiri keluarga Amin, Oden, Enal Ex-utility dan Uncle Nuar Dari kiri Keluarga Tajul, Kitol, Riyhuan (bakal) dan Mat Ise Dari kiri keluarga Nizam Arjuna, Enal BD, Bujangan dan Team A family BBQ nite dinner yang meriah... "makan time"...brother kat tengah tu romantik betul...cayalah bro.. Aktiviti sukaneka pembuka acara... Teka-teki bersama Tok Janggut sambil berkaraoke... Upacara penyampaian hadiah " on the spot"... Kanak-kanak yang ceria menerima hadian masing-masing... Antara warga Team A yang turut hadir... Bergaya sambil melantak hidangan... Gaya-gaya sempoi khas untuk tatapan mengunjung blog team A.. Posing sempoi lagi bersahaja.... Aktiviti di kolam renang... Orang dewa turut serta bermandi-manda... Mandi beramai-ramai yang sungguh menyeronokkan... Kanak-kanak yang menceriakan suasana... Aksi candid... Satu lagi candid gak... Aksi stuntman yang mendebarkan, please don't try this at home... Gaya spontan anak kecil kita...

Friday, November 20, 2009

Jadual aktiviti jalan-jalan team A

Lampiran 1.0
Hasil daripada mesyuarat tergempar antara Majlis Tertinggi team A, kami telah sebulat suara dan bersetuju berhubung dengan jadual aktiviti seperti di atas. Para ahli rombongan dikehendaki mengikut jadual yang telah dirancangkan bagi memastikan kelancaran rombongan. Sebarang kemusykilan berhubung perkara di atas boleh di rujuk kepada YB team A di talian 013-7601255 A.S.A.P.
Menuju destinasi pasti...

Wednesday, November 18, 2009

Update: Trip ke Endau Beach Resort

Tinggal beberapa hari je lagi rombongan team A akan merealisasikan projek 'Percutian ke Endau Beach Resort'. Walaupun akhir-akhir ini hujan turun mencurah-curah hampir setiap hari...namun sedikitpun tidak melunturkan semangat ahli rombongan. Perancangan dan persiapan terus rancak dilakukan dan sehingga saat ini semuanya berjalan lancar hanya beberapa perkara2 teknikal sahaja yang masih memerlukan sentuhan terakhir. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga terus bersemangat memberikan komitmen kepada projek ini.

Thursday, November 5, 2009

Jom Makan Angin

So untuk cover balik 'ketensionan' kita menyetat plant, apakita kita gi jalan2 makan angin ke Pantai timur sempena bulan tengkujuh ni. Tempat yang telah dipilih ialah Endau Beach Resort kat Pantai Penyabong, Mersing. Percutian 2 hari 1 malam ini di rancang pada 21 dan 22 Nov 2009 dan siapa2(especially team A members) yang nak ikut boleh la menghubungi pihak penganjur Acoi Event & Management di talian 07-2538746. Tiada apa2 syarat dikenakan cuma perlu bayar duit je... Diharap dengan program seumpama ini dapat merapatkan semula persahabatan kita setelah puas 'bergaduh' masa start up CR1.