Sunday, June 21, 2009

Bahrin 'open table' kat Kedai Pak Ali

Suasana sarapan pagi yang disponsori oleh Bahrin. Kelihatan Pak Ali begitu ceria melayan tetamu2. Tetamu2 mengambil kesempatan 'melantak' sepuas-puasnya...makan free dol!!! Hidup Bahrin!!!Walaupun Bahrin takde dalam majlis ini...tetapi roh dan semangatnya tetap dirasai oleh sahabat2 yang pernah sama2 mengeteh disini. Terima Kasih kerana menaja makan free ini, semoga saudara Bahrin terus suksess. Selamat pulang ke tanah air pada 27 jun akan datang. Kami semua menantimu untuk "Open Table Kat Kedai Pak Ali-Part 2"

Thursday, June 11, 2009

Ziarah JMD

Malam tadi kami mewakili gerombolan team A diketuai Anwar Misran, menziarahi sahabat lama kami saudara Jais yang dikhabarkan sedang gering. Terkejut jugak kami ketika pertama kali melihat keadaan fizikal beliau yang agak kurus. Beliau baru sahaja di'lepas'kan oleh hospital pakar putri untuk balik berehat dirumah. Banyak jugak benda yang disembangkan...darihal penyakit sampaila tentang suasana keje kat yanbu. Kepada saudara Jais dan keluarga...banyak2 bersabar dan berdoa.Kami semua dari gerombolan team A mendoakan semoga saudara Jais dijauhkan dari penyakit 'yang pelik2' dan cepat sembuh dan seterusnya meneruskan kehidupan seperti biasa....amin... Kepada sahabat2 yang mengenali beliau...boleh la luangkan masa menziarahi beliau dirumahnya...sementara beliau dapat cuti panjang ni.