Sunday, August 2, 2009

Perhatian kepada para Dermawan!!!

Sukacita dimaklumkan seketariat Badan Amal team A ingin menyeru kepada para dermawan yang bermurah hati untuk mendermakan pakaian baru @ terpakai yang akan disumbangkan kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan di sekitar Pasir Gudang. Program yang dirancang ini diharapkan dapat dilaksanakan seberapa segera yang mungkin memandangkan Hari Raya Idul Fitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik ini. Disamping itu kedatangan Ramadhan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh para dermawan untuk mendapatkan kelebihan pahala bersedekah yang berlipat ganda. Pihak penganjur juga ingin meminta kerjasama daripada penderma-penderma agar melakukan perkara-perkara berikut sebelum menyerahkan sumbangan tuan-tuan ; 1. Pastikan pakaian terpakai dalam keadaan bersih (telah dicuci terlebih dahulu dan kalau tak larat hantar je ke dobi) 2. Asingkan pakaian baru(jika ada) dan terpakai dan hendaklah dilabelkan (pakaian baru(jika ada) akan diserahkan kepada mereka2 yang langsung tak mampu nak beli baju raya) 3. Lipat pakaian tersebut dan disusun dengan kemas di dalam KOTAK sahaja (Jangan isi dalam beg plastik sampah atau dibungkus dengan surat khabar lama atau suruh je makcik dobi tu tolong lipatkan dan masukkan dalam kotak) 4. Pakaian lama yang agak lusuh juga diterima dengan syarat telah dicuci dan diasingkan bungkusannya (Pakaian ni kalau diorang tak nak pakai, boleh dibuat lap kaki atau kain buruk) (kerjasama tuan-tuan sangat diperlukan untuk menunjukkan keikhlasan kita menderma) Klik disini untuk "Kehebatan Bersedekah" oleh Guru kami Al Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman Sumbangan tuan-tuan (yang telah memenuhi kriteria di atas) boleh lah diserahkan kepada pengerusi Badan Amal Team A, En Aqromah dengan menghubungi talian 07-2538746 atau 0126435001

3 comments:

Anonymous said...

alhamdulilah jadi juga hasrat bakal ahli parlimen ni....

sama2 argh kita sokong idea bakal ahli parlimen ni....

amin

X-YB Team A said...

reel...ko jangan lupa...ko pun sebagai AJK kene bagi full support...
kalau tak projek ni hampeh....

Anonymous said...

baik boss...kwn ada baju and seluar ni...nanti kwn kemaskan..maklumlah badan dah naik..uhuhuh