Friday, August 28, 2009

Kitol Jatuh Motor

Seorang sahabat kita nyaris patah tengkuk apabila motosikal yang di tunggangnya terbabit dalam kemalangan kecil di persimpangan bertingkat Pasir Gudang/Taman Mawar/Pasir gudang baru pada hari Khamis, 27 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430H sekitar jam 7.10 minit petang. Beliau yang baru pulang dari bekerja overtime bagaimanapun hanya cedera ringan dan telah di paksa menginap di Hospital Penawar Pasir Gudang. Ketika ditemui hari ini selepas waktu berbuka,beliau berkata, doktor mengesahkan terdapat keretakan pada pangkal ibujari beliau dan juga terdapat kesan luka dibahagian lutut. Turut hadir menziarahi beliau sekitar 10 orang teman seperjuangan yang juga teman ketawa. Saksi kejadian, saudara Tajul(adik kepada Tajul), yang turut sama berada di tempat kejadian, yang menunggang motosikal berasingan bagaimanapun terselamat daripada kecelakaan tersebut.Kepada rakan-rakan yang ingin menziarahi beliau bolehlah pergi ke Hospital Penawar di bilik 210. Kepada saudara Kitol, bersabarlah dengan ujian ini kerana pasti ada hikmah disebalik setiap musibah. Selamat bercuti...dan selamat hari raya!!!!

No comments: