Tuesday, October 27, 2009

Muhasabah diri

Dua tiga hari kebelakangan ini kita telah dilanda sebuah isu panas gara-gara salah faham (i guess) antara beberapa pihak tertentu. Bukan nak cari siapa betul atau siapa salah tapi semua pihak seharusnya bermuhasabah diri dalam menangani masalah ini. Yang rasa dia buat salah, jadikanlah iktibar dan yang rasa dia tak bersalah jangan ingat kita selalunya betul. Tegur menegur sangat penting dalam kehidupan kita kerana kalau takde pihak yang menegur nescaya takde siapa tahu dia ada buat kesilapan. Tiada siapa yang sempurna melainkan Allah dan rasulnya oleh itu muhasabahlah diri masing2 bak kata ulama terkenal tanahair Al Fadil Ustaz Nik Aziz Nik Mat,"Kalau mu samseng, Aku (Tuhanmu) lebih samseng, kalau mu jahat, Aku (Tuhanmu) lebih jahat, dan kalau mu sombong, Aku (Tuhanmu) lebih sombong.''

Tuesday, October 20, 2009

Masih Beradabkah kita?

ADAB DALAM PERSAHABATAN: Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanyamenyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
1 1. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Sunday, October 18, 2009

Thursday, October 1, 2009

Welcome to the club

Malam 2 oktober berbeza sekali ada tetamu yang amat dikenali berbadan gempal dan sedikit berisi menjadi mentor sudahla pasti Gaya berjalan ala ahli gusti siapa tak mengenali amatlah rugi pengalaman bekerja tak perlu diragui bermacam ilmu serba-serbi Kedatanganmu amat dinanti seperti menyambut seorang puteri Khairullah Hashim empunya diri "welcome to TEAM A" ucapan di beri