Saturday, November 22, 2008

FRIENDLY MATCH?????

Ganas, kejam dan sadis....itulah kesimpulan daripada perlawanan persahabatan Futsal diantara team A dan Team D di U5 Tmn Rinting pada 20 Nov 2008 jam 9mlm. Walaupun keputusan rasminya dimenangi oleh team A sebagai pasukan pelawat, ternyata aksi2 aksi ganas beberapa orang pemain tuan rumah telah sedikit mengganggu kelancaran dan emosi pemain2 team A. Pemain muda yg ingin dikenali sebagai Fabregas terpaksa 'diusung' keluar court setelah diberikan hentakan ala 'american football' oleh seorang pemain bertubuh 'gedabak' team D. Ketika ditemui selepas pertarungan itu Fabregas dengan ringkas merumuskan game ini sebagai takde 'prinsip dan ganas'. Walau bagaimanapun permainan menjadi 'cool' selepas kehadiran pemain veteran dari Bahrain yang kemudian 'control the game' menyebabkan seorang demi seorang pemain Team D 'menghilangkan diri'. Apakah selepas ini team D akan terus sombong dan bongkak dengan kehebatan mereka 'membelasah' pemain2 lawan? Kita nantikan perlawanan balas dendam(mesti diorang tak puas hati punya....) yang akan datang. Just set up the date and place.We'll be there!!! Pasukan kami dengan senangnya meratah dream team D macam ayam golek kat taman Pasir Putih. Penjaga gawang Team A, Awie Cassilas menyatakan perlawanan itu amat membosankan kerana tiada satu pun serangan yang merbahaya di buat. "Lebih baik aku lepak kat rumah dengan anak bini, malam jumaat lak tu". Penjaga gawang team D menyatakan bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai penjaga gawang kerana amat malu disebabkan banyaknya jaringan diboloskan sambil menyatakan bahawa team A terlalu tinggi standardnya dan tidak selayaknya mereka melawan pasukan seperti itu. Kepada pasukan yang berminat untuk menentang pasukan kami haruslah menewaskan Team D dahulu barulah pasang hajat untuk menentang team kami. Dan bolehlah berhubung dengan pengurus pasukan Encik Hafiz Jaafar aka Fibregas. Tetapi pastikan cukup training kalau tidak jadi macam team D. Maluuuu beb.... Dan pastikan tukang kira mestilah pemegang Ijazah sebab banyaknya gol yang akan dijaringkan oleh pasukan kami. Jangan jadi macam team D, banyak gol kami tidak dikira sebab tukang kira lemau...

Sunday, November 9, 2008

YANBU....dipilih atau memilih?

gambar ehsan walangkopo.blogspot.com Saban hari bertambah ramai sahabat2 kita yang menjejakkan kaki ke tanah kelahiran junjungan besar Nabi S.A.W. Samada ke Yanbu, Madinah atau Mekah, semuanya bergantung pada nawaitu masing2. Hadis 'setiap amalan bermula dengan niat' boleh dijadikan panduan kepada setiap individu yang nak berhijrah. Peluang berbual panjang dengan saudara Majid (ex-team A...we miss u everytime we heard suara azan dari surau CCR) sebentar tadi telah merungkaikan beberapa kekusutan. Dari kisah 3 sahabat yang 'tertinggal' flight sampailah ke isu video klip kontroversi tajaan walangkopo.blogspot.com Beliau dengan panjang lebar menerangkan realiti sebenar, dilemma dan hikmah disepanjang penghijrahan beliau dan sahabat2 ke KSA. Kisah sahabat2 yang bertemu dengan makna sebenar hijrah, Maha suci Allah yang memberi hidayah dan taufik kepada hamba-hambanya. Ketahuilah sahabat2 sekalian...Tuan-tuan sebenarnya telah dipilih oleh Allah dan bukan sekadar memilih untuk mengaut keuntungan dunia semata. Pada sesi perbualan telefon itu beliau turut memperbetulkan persepsi buruk aku tentang sahabatku Jais MD, yang kusangkakan telah tersasar dari matlamat asalnya (sorry buddy...kenangan vios dan vcd ust. Azhar Idrus tetap terpahat...i know who u are) apabila beliau menerbitkan video klip kontroversi tersebut. Memang ramai yang terguris hati menonton video tersebut, termasuk aku...Allah sahaja yang tahu niat sebenar didalam benakmu. Bagi yang belum dipilih ke Yanbu...Berusaha dan berdoalah...pasti suatu hari kita akan sampai ke sana juga, kalaupun bukan ke Yanbu...Kewajipan menunaikan haji tetap menjadi kefardhuan setiap dari kita...