Wednesday, January 13, 2010

Welcome Back Buddy!!!

Blog Team A mengucapkan selamat menyambung tugas kepada saudara Zulfadli...Sesungguhnya apa yang ditentukan Allah itu lebih baik dari apa yang kita rancangkan. Yakin bahawa rezeki itu telah di tentukan oleh Allah buat setiap hambanya, so tak payah nak risau kat mana kita berdiri...selagi ada nyawa selagi itulah ada rezeki untuk kita.

Saturday, January 2, 2010

Anuar Bachok - The 3 days King

Blog Team A committee mengucapkan selamat pengantin baru buat saudara Anuar dan isteri yang telah melangsungkan majlis perkahwinannya selama 3 hari berturut turut bermula pada malam pernikahan pada 25 disember hinggalah majlis di rumah pihak lelaki pada 27 disember 2009. Semoga ikatan yang dibina ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sehingga ke akhir hayat...amin.

Friday, January 1, 2010

Imbasan 2009.

Selamat Tahun Baru 2010 kepada seluruh pengunjung blog team A. Walaupun di mana anda berada, samada dekat atau jauh...marilah sama-sama kita berdoa semoga tahun baru ini ikatan silaturrahim kita semakin bertambah erat dan sentiasa berazam melakukan yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan kita....amin.
Tahun Penghijrahan bagi beberapa ahli Team A, bermula dari saudara Bahrin dan saudara Rashdan pada bulan April disusuli saudara Zulfadli pada Oktober dan yang terbaru saudara Khairulnizam a.k.a Kitol dan Saiful a.k.a Epil BTX pada Disember 2009.
Plant CR1, Shutdown 2 kali pada March (C300 buat hal) dan Oktober (insiden kebakaran di C600 lube oil reservoir area)
Pemergian buat selama-lamanya Almarhum Jais MD pada September 2009. Al Fatihah.
The A Team menerima ahli baru....Mr 'cool'-lahhh.