Friday, July 24, 2009
Rejab, Syaaban, Ramadhan
Kepada yang tak dapat gi solat jumaat atau sengaja tak pegi atau malas nak pegi atau tak sempat nak pegi atau apapun alasannya, ketahuilah bahawa hukum pegi solat jumaat hanyalah fardhu ain je...bukan fardhu kifayah macam solat jenazah orang lain dah buat kita tak payah.
Dibawah ini ditulis sedikit sinopsis isi kandungan khutbah yang sempat dirakam dalam kepala hotak moderator blog ini(yang kebetulan cukup tidor sebelum ke masjid) tentang kelebihan dan keistimewaan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan untuk peringatan kita bersama.
Keistimewaan bulan Rejab dengan Isra' Mikraj, bulan Syaaban dengan nisfu syaabannya dan bulan Ramadhan dengan kelebihan malam lailutqadar. Selain dari itu terdapat banyak kelebihan melakukan amalan2 seperti puasa sunat pada bulan2 di atas selain puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Mimbar jumaat hari ini sebenarnya mahu mengingatkan kita tentang kedatangan ramadhan yang tak berapa lama lagi dan secara tak langsung menyarankan kita bersiap sedia menyambut kedatangannya dan berdoa semoga dipertemukan dengan Ramadhan 1430H yang tinggal lebih kurang sebulan je lagi. Sayugia diingatkan kepada teman2 yang dah kemaruk nak apply cuti raya tu...beringat-ingatlah sikit...yang patut kita fokus sekarang ialah bulan Ramadhan yang didalamnya terkandung berbagai kelebihan dan sebagai pusat latihan ketaqwaan setiap muslimin dan muslimat.
Kepada yang belum ganti puasa ramadhan 1429H yang lepas...anda ada lebih kurang sebulan untuk cover balik....ganti...jangan tak ganti oiii!!!
Khutbah Jumaat, 24 Julai 2009, Masjid Politeknik JB, Pasir Gudang Johor.
p/s; Bila la agaknya TITAN nak buat 'in plant solat Jumaat' macam kat YANSAB eekkk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment