Wednesday, July 22, 2009

JANGAN PANDANG BELAKANG.....

"Bukan jamuan Farewell tapi penghargaan kepada teman2 yang telah membantu kerjaya beliau di TITAN". Itulah antara penjelasan mr. Vee ketika ditanya keputusan beliau untuk meninggalkan TITAN dan mencuba nasib di tempat baru(somewhere in pantai timur). Beliau juga menyatakan ini merupakan peluangnya untuk meng'upgrade'kan kerjayanya ke tahap tertinggi dan bukannya mengejar wang ringgit sebagaimana menjadi impian orang lain apabila berhijrah ketempat baru (memang kami nak gaji besar...sebab agak mustahil kami boleh jadi VP!!!).Beliau yang akan meninggalkan TITAN pada 5 Ogos ini merupakan rentetan kesinambungan kehilangan besar kepada TITAN khususnya O&A selepas 'Penghijrahan besar-besaran 2008' tokoh2 utama O&A (formerly known as TPC) seperti Azali, Yunos, Lobo (sekadar menyebut beberapa nama) yang telah berjaya mencipta nama di YANSAB.Ketika ditanya soalan tambahan tentang khabar angin akan berlaku 'sesuatu' pada 28 julai 2009 beliau mengesahkan perkara itu dan sama2 menantikan apakah yang akan di'announcement'kan oleh pihak syarikat. Selamat Maju Jaya kepada Mr. Vee dan terima kasih kerana belanja makan. Kepada teman2 yang masih setia di TITAN, jadikanlah 'jamuan penghargaan' ini suatu pengajaran dan halatuju kita menjelang PRU ke 13.

No comments: