Thursday, July 23, 2009

PEMBERITAHUAN ORANG HILANG!!!!

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kehilangan pemuda di atas(gambar) sila hubungi seketariat team A. Beliau dilihat kali terakhir selepas solat maghrib berjemaah di surau TITAN PETCHEM pada 20 julai 2009, menurut Abang Z, salah seorg jemaah yang sama2 bersolat dengannya. Terdahulu dari itu beliau baru saja menghadiri majlis jamuan penghargaan tajaan mr Vee, dilihat begitu sugul kemungkinan terlalu sedih dengan keputusan mr. Vee untuk meninggalkan TITAN. Pemuda ini yang dikenali sebagai TIKOL, dilaporkan tidak datang bertugas semalam menimbulkan keresahan dikalangan teman-teman setugasnya. Berbagai spekulasi kedengaran antaranya adakah beliau ditahan ISA atau diculik oleh makhluk asing(UFO) atau terlalu sedih kerana VPnya akan berhenti kerja ataupun beliau sendiri ada mempunyai agenda tersendiri, masih menjadi tandatanya rakan2 setugas. Lebih membimbangkan beliau juga sudah beberapa hari dilaporkan tidak 'menjelma' di laman sembang Yahoo Messenger(YM) yang mana sebelum ini beliau menjadi penunggu tetap laman ini. Sekiranya sehingga isnin depan(sehari selepas bayaran gaji bulan Julai),beliau masih gagal dijejaki kami seketariat team A tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kes kehilangan ini ke Pejabat SUHAKAM cawangan Ruwais. Oleh itu,seandainya pemuda ini ada membaca berita ini atau kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang pemuda ini, sila hubungi pihak seketariat team A segera. (Kepada pemuda ini...'kehilangan' anda menyebabkan beberapa pemandu bas ekspress senandung malam ditahan pihak berkuasa JPJ malam tadi....he...he...he...jangan mare)

No comments: