Friday, July 31, 2009

Membendung musibah wabak selsema babi

Begitulah tajuk khutbah jumaat hari ini. Menurut khatib sehingga hari ini sudah ada 4 kes kematian yang dilaporkan di negara ini semenjak wabak ini dikesan. Selain daripada menjelaskan simpton2 yang menyerang pengidap penyakit ini, khatib juga berpesan kepada setiap individu yang pekerjaannya terdedah kepada virus selsema babi ini agar sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan dijangkiti virus ini. Natijah dari musibah ini,menurut pak khotib, tidak kira samaada apa jua jenis bencana, malapetaka, kehilangan harta benda, kelaparan dan sebagainya adalah balasan dari Allah terhadap kezaliman tangan2 manusia itu sendiri. Oleh itu sebagai seorang yang beriman, ingatlah bahawa kita bertanggung jawab di atas segala perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah taala. Yang aku heran ni...apa pasal manusia yang ramai mati, padahal babi tu yang kena selsema? Kan lebih baik kita bagi obat kat babi2 yang kena selsema sebab selsema tu babi yang punya? Teringat pulak kata2 guru kami, sekiranya babi itu diberi makanan yang bersih, tempat tinggal yang bersih dan dijaga dengan rapi nescaya tidak dapat merubah ke'haram'an menatang bernama babi ini. On the way balik dari masjid, terserempak pulak aku dengan sepasang couple dengan muka tak malu baru keluar 'beriadah' di Taman Rekreasi Bukit Dahlia. Apa yang diorang buat dalam tu diwaktu umat islam solat jumaat? Entahlah apa nak jadik...Inilah antara penyebab kepada kemurkaan Allah....So sama-samalah kita berdoa dijauhkan dari malapetaka dan bencana di bumi Pasir Gudang ini....amin. Khutbah Jumaat di Masjid An Nur Komplek Pusat Bandar Pasir Gudang

Thursday, July 30, 2009

Hukum mencium tangan orang yang soleh

Maka telah berkata guru kami....Al Fadil Ustaz Mat Esa... Adalah disunatkan kita mencium tangan para alim ulama’ demikian juga kedua ibubapa kita. Perbuatan ini untuk menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang kepada mereka. klik disini untuk baca selanjutnya

Wednesday, July 29, 2009

Kisah 'one half month'

Maka bertepuk tanganlah seluruh hadirin yang ikut serta Town Hall meeting petang tadi tatkala Mr. Warren welder mengumumkan bonus 'one half month' kesan dari keuntungan syarikat pada 2nd quarter 2009. Wow!!! bonos sebulan setengah!!! Ada yang sengih memanjang kerana dapat berkongsi nikmat keuntungan syarikat,ada yang terpinga-pinga tak faham jalan cerita dan tak kurang juga ada yang tercengang macam tak percaya. Dek kerana terlalu gembira, terpinga-pinga dan tercengang maka tiada seorang pun rakyat jelata yang nak bertanya soalan tatkala sesi soal jawab dibuka, lantas dengan pantas pihak penganjur menamatkan town hall meeting sambil warren si welder tersengih-singai bersalaman dengan beberapa rakyat jelata dan terus hilang entah ke mana. Sejurus selepas itu maka terdengarlah bunyi hingar bingar laksana langau menghurung najis. Keseronokan bonus 'one half month' tiba-tiba bertukar menjadi bengong umpama 'hidangan telah terhidang tapi boleh ambik bau jer' apabila beberapa orang pakar bahasa menjelaskan...'one half month' bukannya 'one and a half month'(maksudnya setengah bulan bukan satu setengah bulan). Perghhh!!!! Patutlah ada yang tercengang!!! Yang gembira sakan pulak jenis american-javanes dan yang terpinga-pinga rasa lega sebab tak paham sepatah haram dari awal. Hidup-hidup satu TITAN kene tipu(sebenarnya bukan kena tipu...ini lah akibatnya kalau tolak PPSMI).Anyway kita patut bersyukur, daripada takde langsung ye tak? Walaupun tak dapat pegi middle east at least dapat PSR, Yang tak dapat PSR at least dapat kerje kat TITAN dan pakai VIOS,HONDA CITY,SUZUKI SWIFT. Yang teruknya tu dah la dapat PSR tapi masih pakai Iswara buruk so tak reti-reti nak contact Think-Plus!!!

Friday, July 24, 2009

Rejab, Syaaban, Ramadhan

Kepada yang tak dapat gi solat jumaat atau sengaja tak pegi atau malas nak pegi atau tak sempat nak pegi atau apapun alasannya, ketahuilah bahawa hukum pegi solat jumaat hanyalah fardhu ain je...bukan fardhu kifayah macam solat jenazah orang lain dah buat kita tak payah. Dibawah ini ditulis sedikit sinopsis isi kandungan khutbah yang sempat dirakam dalam kepala hotak moderator blog ini(yang kebetulan cukup tidor sebelum ke masjid) tentang kelebihan dan keistimewaan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan untuk peringatan kita bersama. Keistimewaan bulan Rejab dengan Isra' Mikraj, bulan Syaaban dengan nisfu syaabannya dan bulan Ramadhan dengan kelebihan malam lailutqadar. Selain dari itu terdapat banyak kelebihan melakukan amalan2 seperti puasa sunat pada bulan2 di atas selain puasa wajib pada bulan Ramadhan. Mimbar jumaat hari ini sebenarnya mahu mengingatkan kita tentang kedatangan ramadhan yang tak berapa lama lagi dan secara tak langsung menyarankan kita bersiap sedia menyambut kedatangannya dan berdoa semoga dipertemukan dengan Ramadhan 1430H yang tinggal lebih kurang sebulan je lagi. Sayugia diingatkan kepada teman2 yang dah kemaruk nak apply cuti raya tu...beringat-ingatlah sikit...yang patut kita fokus sekarang ialah bulan Ramadhan yang didalamnya terkandung berbagai kelebihan dan sebagai pusat latihan ketaqwaan setiap muslimin dan muslimat. Kepada yang belum ganti puasa ramadhan 1429H yang lepas...anda ada lebih kurang sebulan untuk cover balik....ganti...jangan tak ganti oiii!!! Khutbah Jumaat, 24 Julai 2009, Masjid Politeknik JB, Pasir Gudang Johor. p/s; Bila la agaknya TITAN nak buat 'in plant solat Jumaat' macam kat YANSAB eekkk...

Thursday, July 23, 2009

PEMBERITAHUAN ORANG HILANG!!!!

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kehilangan pemuda di atas(gambar) sila hubungi seketariat team A. Beliau dilihat kali terakhir selepas solat maghrib berjemaah di surau TITAN PETCHEM pada 20 julai 2009, menurut Abang Z, salah seorg jemaah yang sama2 bersolat dengannya. Terdahulu dari itu beliau baru saja menghadiri majlis jamuan penghargaan tajaan mr Vee, dilihat begitu sugul kemungkinan terlalu sedih dengan keputusan mr. Vee untuk meninggalkan TITAN. Pemuda ini yang dikenali sebagai TIKOL, dilaporkan tidak datang bertugas semalam menimbulkan keresahan dikalangan teman-teman setugasnya. Berbagai spekulasi kedengaran antaranya adakah beliau ditahan ISA atau diculik oleh makhluk asing(UFO) atau terlalu sedih kerana VPnya akan berhenti kerja ataupun beliau sendiri ada mempunyai agenda tersendiri, masih menjadi tandatanya rakan2 setugas. Lebih membimbangkan beliau juga sudah beberapa hari dilaporkan tidak 'menjelma' di laman sembang Yahoo Messenger(YM) yang mana sebelum ini beliau menjadi penunggu tetap laman ini. Sekiranya sehingga isnin depan(sehari selepas bayaran gaji bulan Julai),beliau masih gagal dijejaki kami seketariat team A tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kes kehilangan ini ke Pejabat SUHAKAM cawangan Ruwais. Oleh itu,seandainya pemuda ini ada membaca berita ini atau kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang pemuda ini, sila hubungi pihak seketariat team A segera. (Kepada pemuda ini...'kehilangan' anda menyebabkan beberapa pemandu bas ekspress senandung malam ditahan pihak berkuasa JPJ malam tadi....he...he...he...jangan mare)

Wednesday, July 22, 2009

JANGAN PANDANG BELAKANG.....

"Bukan jamuan Farewell tapi penghargaan kepada teman2 yang telah membantu kerjaya beliau di TITAN". Itulah antara penjelasan mr. Vee ketika ditanya keputusan beliau untuk meninggalkan TITAN dan mencuba nasib di tempat baru(somewhere in pantai timur). Beliau juga menyatakan ini merupakan peluangnya untuk meng'upgrade'kan kerjayanya ke tahap tertinggi dan bukannya mengejar wang ringgit sebagaimana menjadi impian orang lain apabila berhijrah ketempat baru (memang kami nak gaji besar...sebab agak mustahil kami boleh jadi VP!!!).Beliau yang akan meninggalkan TITAN pada 5 Ogos ini merupakan rentetan kesinambungan kehilangan besar kepada TITAN khususnya O&A selepas 'Penghijrahan besar-besaran 2008' tokoh2 utama O&A (formerly known as TPC) seperti Azali, Yunos, Lobo (sekadar menyebut beberapa nama) yang telah berjaya mencipta nama di YANSAB.Ketika ditanya soalan tambahan tentang khabar angin akan berlaku 'sesuatu' pada 28 julai 2009 beliau mengesahkan perkara itu dan sama2 menantikan apakah yang akan di'announcement'kan oleh pihak syarikat. Selamat Maju Jaya kepada Mr. Vee dan terima kasih kerana belanja makan. Kepada teman2 yang masih setia di TITAN, jadikanlah 'jamuan penghargaan' ini suatu pengajaran dan halatuju kita menjelang PRU ke 13.

Monday, July 13, 2009

Sahabat sejati beri manfaat dunia, akhirat

PERUMPAMAAN Melayu menyatakan 'sahabat baik umpama pohon rendang' membawa maksud rakan karib sanggup bersama ketika susah dan memberi bantuan tanpa mengira masa atau keadaan. Justeru, Islam sentiasa menasihatkan umatnya berhati-hati memilih sahabat bagi mengelak berkawan dengan mereka yang membawa kemungkaran. Sifat perlu ada pada seseorang yang ingin kita jadikan sahabat bolehlah dicontohi daripada wasiat al-Qamah kepada anaknya. Katanya: "Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu. . "Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya. "Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu. "Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia sukar membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu. "