Friday, August 29, 2008

Mat Derus resign....panik lagi...

29 ogos 2008...Hari dan malam terakhir mat derus mencurahkan bakti dan berkhidmat di Titan. Sorang lagi korum dalam geng meeting akan pergi meninggal rakan2 khususnya di team A ini. Beliau yang akan mula berkhidmat dengan syarikat minyak yang sangat terkenal. bukan shell pasir gudang, bukan shell malaysia tapi dengan SHELL SINGAPORE. Kami di team A mengucapkan selamat maju jaya dan kami berdoa agar beliau tabah ketika bertugas di seberang tambak yang penuh cabaran dan dugaan...amin. Selain dari beliau difahamkan saudara Hasrul Hafiz juga tergamak menghantar resign letter kerana akan mengorak langkah ke offshore, kalau tak silap dengan Esso(syarikat minyak lagi). Laku betul budak2 titan ni...dah jadi macam training ground(dengan izin) pulak. Dengar2 khabar angin mr. Ragu pun dah letak jawatan jugak... Alahai TITAN.....

No comments: