Wednesday, August 13, 2008

KEHILANGANMU DIRASAI

Dah nak dekat sebulan Bahrin di pindahkan ke team C. Takder lagi kutuk menyindir ekstrem dan acara melepak berjam-jam di pantri selepas ketiadaan beliau. Hilang sudah PAYUNG tempat berteduh dari hujan panas. Sehingga kini team A masih tercari-cari new chairman untuk ahli mesyuarat tingkap yang telah dikosongkan oleh beliau. Anyway terima kasih yang tak terhingga diatas jasa beliau yang memperjuangkan cuti raya utuk team A tahun ini...walaupun nampaknya beliau sendiri gagal cuti beraya sebab dah dipindahkan ke team lain. Sabar je la dol. Mungkin ada konspirasi yang tak suka dengan keakraban kita. Esok sorang lagi sahabat kita akan diterbangkan ke KSA...Jais MD. Nama besar yang banyak menyaksikan jatuh bangun tersungkur TITAN khususnya cracker plant. Petang tadi majlis farewell untuk beliau telah diadakan di Tasik Merdeka JB dengan dihadiri oleh teman2 rapat beliau....happening gila. Semoga beliau mendapat apa yang diimpikan dengan penghijrahan ini. Amin...

No comments: