Dua tiga hari kebelakangan ini kita telah dilanda sebuah isu panas gara-gara salah faham (i guess) antara beberapa pihak tertentu. Bukan nak cari siapa betul atau siapa salah tapi semua pihak seharusnya bermuhasabah diri dalam menangani masalah ini. Yang rasa dia buat salah, jadikanlah iktibar dan yang rasa dia tak bersalah jangan ingat kita selalunya betul. Tegur menegur sangat penting dalam kehidupan kita kerana kalau takde pihak yang menegur nescaya takde siapa tahu dia ada buat kesilapan. Tiada siapa yang sempurna melainkan Allah dan rasulnya oleh itu muhasabahlah diri masing2 bak kata ulama terkenal tanahair Al Fadil Ustaz Nik Aziz Nik Mat,"Kalau mu samseng, Aku (Tuhanmu) lebih samseng, kalau mu jahat, Aku (Tuhanmu) lebih jahat, dan kalau mu sombong, Aku (Tuhanmu) lebih sombong.''
Tuesday, October 27, 2009
Muhasabah diri
Dua tiga hari kebelakangan ini kita telah dilanda sebuah isu panas gara-gara salah faham (i guess) antara beberapa pihak tertentu. Bukan nak cari siapa betul atau siapa salah tapi semua pihak seharusnya bermuhasabah diri dalam menangani masalah ini. Yang rasa dia buat salah, jadikanlah iktibar dan yang rasa dia tak bersalah jangan ingat kita selalunya betul. Tegur menegur sangat penting dalam kehidupan kita kerana kalau takde pihak yang menegur nescaya takde siapa tahu dia ada buat kesilapan. Tiada siapa yang sempurna melainkan Allah dan rasulnya oleh itu muhasabahlah diri masing2 bak kata ulama terkenal tanahair Al Fadil Ustaz Nik Aziz Nik Mat,"Kalau mu samseng, Aku (Tuhanmu) lebih samseng, kalau mu jahat, Aku (Tuhanmu) lebih jahat, dan kalau mu sombong, Aku (Tuhanmu) lebih sombong.''
Tuesday, October 20, 2009
Masih Beradabkah kita?
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanyamenyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
1 1. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Sunday, October 18, 2009
Thursday, October 1, 2009
Welcome to the club
Malam 2 oktober berbeza sekali
ada tetamu yang amat dikenali
berbadan gempal dan sedikit berisi
menjadi mentor sudahla pasti
Gaya berjalan ala ahli gusti
siapa tak mengenali amatlah rugi
pengalaman bekerja tak perlu diragui
bermacam ilmu serba-serbi
Kedatanganmu amat dinanti
seperti menyambut seorang puteri
Khairullah Hashim empunya diri
"welcome to TEAM A" ucapan di beri
Saturday, September 26, 2009
~Kau SaHaBaT KaU TeMaN~walangkopo~
telah tiba saat waktu kau tinggal kan kami
kerana takdir yg maha esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
kau sahabat kau teman sejati
tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada peganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabat kau teman sejati
sudah ditakdirkan kau pergi dulu
disaat kau masih diperlukan
tuhan lebih menyayangi dirimu
kami pasrah diatas kehendak yang esa
ya ALLAH.. tempatkannya ditempat yang mulia
tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu
sahabat..akan kami teruskan perjuangan ini
walau kami tahu kau tiada disisi
perjuangan kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih dijasad hidup diteruskan
sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami
moga amanlah dan bahagia dikau disana
setangkai doa juga fatihah terus kami kirimkan
moga disana kau bersama para solehin
kau sahabat kau teman sejati
~AL-FATIHAH~
TERKINI!!!Al-Fatihah buat JMD
Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Pasir Gudang untuk pengurusan mandi jenazah, kafan dan seterusnya disolatkan oleh saudara mara dan rakan-rakan yang menanti seawal jam 2.00 pagi.
Walaubagaimanapun atas permintaan keluarga, Jenazah Allahyarham diminta agar dikebumikan di kampungnya di Felda Cempelak, Segamat. Kepada rakan-rakan yang tak sempat 'bertemu' beliau, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyarham dihimpunkan bersama-sama orang-orang soleh....AL-FATIHAH...
Friday, September 25, 2009
TERKINI!!!Jais MD
Setakat jam 5.00 ptg tadi sahabat kita saudara Jais Md. Derus(JMD) dilaporkan masih tidak sedarkan diri(Koma). Sehingga laporan ini ditulis sudah hampir 12 jam beliau dipindahkan dari HDU Hospital Segamat ke ICU/CCU Hospital Pakar Johor, Johor Bahru.
Terdahulu, awal pagi tadi telah ramai rakan-rakan dari Titan Chemicals yang datang menziarahi beliau setelah mendapat maklumat awal daripada seorang sahabat yang terus bergegas ke JSH, iaitu saudara Lobo yang kebetulan pulang bercuti hari raya dari KSA.
Berkenaan keadaan kesihatan JMD, Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Segamat pada malam hari raya ke-2(ahad malam isnin,21 Sept 2009) setelah mengadu sukar untuk bernafas. Setelah proses imbasan X-Ray dilakukan keatas paru-paru beliau, didapati terdapat 'air' didalam paru-paru beliau sepertimana dijelaskan sediri oleh isteri beliau. Beliau seterusnya di'tahan' di Hospital Segamat sehinggalah semalam,24 sept 09 beliau telah dipindahkan dalam keadaaan tidak sedarkan diri ke Hospital Pakar Johor di JB.
Menurut laporan tidak rasmi pihak JSH, keadaan beliau sekarang dilaporkan agak kritikal, namun begitu laporan sebenar tentang tahap kesihatan beliau masih tidak dapat diperolehi kerana pihak kami masih tidak dapat maklumat tepat dari isteri beliau yang begitu sedih sepanjang berada di wad ICU.
Kepada rakan2 yang mengenali beliau, sekiranya ada kelapangan bolehlah datang ke wad ICU ditingkat 1 JSH sementara beliau masih 'ada'. Kami akan terus melaporkan keadaan terkini beliau dari semasa ke semasa, InsyaAllah.
Thursday, September 24, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)




