Friday, September 25, 2009

TERKINI!!!Jais MD

Setakat jam 5.00 ptg tadi sahabat kita saudara Jais Md. Derus(JMD) dilaporkan masih tidak sedarkan diri(Koma). Sehingga laporan ini ditulis sudah hampir 12 jam beliau dipindahkan dari HDU Hospital Segamat ke ICU/CCU Hospital Pakar Johor, Johor Bahru. Terdahulu, awal pagi tadi telah ramai rakan-rakan dari Titan Chemicals yang datang menziarahi beliau setelah mendapat maklumat awal daripada seorang sahabat yang terus bergegas ke JSH, iaitu saudara Lobo yang kebetulan pulang bercuti hari raya dari KSA. Berkenaan keadaan kesihatan JMD, Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Segamat pada malam hari raya ke-2(ahad malam isnin,21 Sept 2009) setelah mengadu sukar untuk bernafas. Setelah proses imbasan X-Ray dilakukan keatas paru-paru beliau, didapati terdapat 'air' didalam paru-paru beliau sepertimana dijelaskan sediri oleh isteri beliau. Beliau seterusnya di'tahan' di Hospital Segamat sehinggalah semalam,24 sept 09 beliau telah dipindahkan dalam keadaaan tidak sedarkan diri ke Hospital Pakar Johor di JB. Menurut laporan tidak rasmi pihak JSH, keadaan beliau sekarang dilaporkan agak kritikal, namun begitu laporan sebenar tentang tahap kesihatan beliau masih tidak dapat diperolehi kerana pihak kami masih tidak dapat maklumat tepat dari isteri beliau yang begitu sedih sepanjang berada di wad ICU. Kepada rakan2 yang mengenali beliau, sekiranya ada kelapangan bolehlah datang ke wad ICU ditingkat 1 JSH sementara beliau masih 'ada'. Kami akan terus melaporkan keadaan terkini beliau dari semasa ke semasa, InsyaAllah.

No comments: