Tuesday, October 27, 2009

Muhasabah diri

Dua tiga hari kebelakangan ini kita telah dilanda sebuah isu panas gara-gara salah faham (i guess) antara beberapa pihak tertentu. Bukan nak cari siapa betul atau siapa salah tapi semua pihak seharusnya bermuhasabah diri dalam menangani masalah ini. Yang rasa dia buat salah, jadikanlah iktibar dan yang rasa dia tak bersalah jangan ingat kita selalunya betul. Tegur menegur sangat penting dalam kehidupan kita kerana kalau takde pihak yang menegur nescaya takde siapa tahu dia ada buat kesilapan. Tiada siapa yang sempurna melainkan Allah dan rasulnya oleh itu muhasabahlah diri masing2 bak kata ulama terkenal tanahair Al Fadil Ustaz Nik Aziz Nik Mat,"Kalau mu samseng, Aku (Tuhanmu) lebih samseng, kalau mu jahat, Aku (Tuhanmu) lebih jahat, dan kalau mu sombong, Aku (Tuhanmu) lebih sombong.''

No comments: