Saturday, September 26, 2009

TERKINI!!!Al-Fatihah buat JMD

Dukacita dimaklumkan sahabat yang amat kita kasihi, Allahyarham Jais Md.Derus telah kembali ke Rahmatullah pada lebih kurang jam 12.00 tengah malam Sabtu 26 September 2009 di wad ICU/CCU Hospital Pakar Johor. Pemergian beliau tutut disaksikan beberapa ahli keluarga dan sahabat rapat.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Pasir Gudang untuk pengurusan mandi jenazah, kafan dan seterusnya disolatkan oleh saudara mara dan rakan-rakan yang menanti seawal jam 2.00 pagi.
Walaubagaimanapun atas permintaan keluarga, Jenazah Allahyarham diminta agar dikebumikan di kampungnya di Felda Cempelak, Segamat. Kepada rakan-rakan yang tak sempat 'bertemu' beliau, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyarham dihimpunkan bersama-sama orang-orang soleh....AL-FATIHAH...

2 comments:

Dearie Pearls said...

Salam..
Takziah kepada keluarga Allahyarham..

Maaf tapi rasanya bulan pemergian beliau ada kesilapan.
Sept kan..?

Maaf ya..

X-YB Team A said...

salam...
Terima kasih kerana menegur kesilapan...