Sunday, August 30, 2009

SANTAPAN UNTUK BERBUKA

ditujukan
khas buat
KELAB GILA MAKAN!~
ha...amik ni!biase korang selalu dengar ayam golek kan??
tapi kali ni aku ade menu yg lagi special!
'AYAM PANGGANG TIN'
.
.
.
. . . . . . . . .1. ayam yg menunggu giliran untuk dibakar
2. ayam yang sedang dibakar
3. ayam yang telah selamat dibakar
4. jeng!jeng!jeng!
inilah dia rupa paras AYAM PANGGANG TIN!~ 5. seksi...dan sedia untuk dimakan!~ amacam korang?ada BRANNN???????

Friday, August 28, 2009

Kitol Jatuh Motor

Seorang sahabat kita nyaris patah tengkuk apabila motosikal yang di tunggangnya terbabit dalam kemalangan kecil di persimpangan bertingkat Pasir Gudang/Taman Mawar/Pasir gudang baru pada hari Khamis, 27 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430H sekitar jam 7.10 minit petang. Beliau yang baru pulang dari bekerja overtime bagaimanapun hanya cedera ringan dan telah di paksa menginap di Hospital Penawar Pasir Gudang. Ketika ditemui hari ini selepas waktu berbuka,beliau berkata, doktor mengesahkan terdapat keretakan pada pangkal ibujari beliau dan juga terdapat kesan luka dibahagian lutut. Turut hadir menziarahi beliau sekitar 10 orang teman seperjuangan yang juga teman ketawa. Saksi kejadian, saudara Tajul(adik kepada Tajul), yang turut sama berada di tempat kejadian, yang menunggang motosikal berasingan bagaimanapun terselamat daripada kecelakaan tersebut.Kepada rakan-rakan yang ingin menziarahi beliau bolehlah pergi ke Hospital Penawar di bilik 210. Kepada saudara Kitol, bersabarlah dengan ujian ini kerana pasti ada hikmah disebalik setiap musibah. Selamat bercuti...dan selamat hari raya!!!!

Wednesday, August 26, 2009

Tahniah PAS dan Pakatan Rakyat

Blog Team A mengucapkan Tahniah kepada saudara Mohd Salleh bin Man yang berjaya mengekalkan kerusi Permatang Pasir terus berada di tangan PAS dengan majoriti 4551 undi...Syabas Pakatan Rakyat. Kepada Umno BN...teruskan dan lipat gandakan usaha anda kerana rakyat sudah semakin jauh dengan kalian semua.

Thursday, August 20, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum....
Kami warga kerja team A mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H khusus buat teman-teman yang mengenali tidak kira jauh atau dekat. Marilah kita mengambil peluang dari bulan yang penuh barokah ini untuk menambahkan amalan sebanyak-banyaknya kerana pada bulan ini segala amalan dilipat gandakan kebaikkannya yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Jom kita rebut ramai-ramai!!!!

Wednesday, August 19, 2009

Khabar dari PLO312 : Kerja Kosong

Tuan-tuan, abang-abang, adik-adik....jangan malu jangan segan...Berita gumbira buat semua...Lagi banyak kerja kosong terbuka untuk anda semua...Plant Operator a.k.a Operation Technician...Pedulikkan pengalaman 2 tahun tu...takder pengalaman pun boleh mintak keje ni...Lepas dapat keje...Belajo pandai-pandai kat sini...lepas 3 tahun dah boleh apply keje kat middle east...Mari...mari...mari....

Tuesday, August 18, 2009

Perkataan yang indah adalah“ALLAH” Lagu yang merdu adalah “AZAN” Media yang terbaik adalah “AL QUR’AN” Senam yang sehat adalah “SOLAT” Diet yang sempurna adalah “PUASA” Kebersihan yang menyegarkan adalah “WUDHU” Perjalanan yang indah adalah “HAJI” Khayalan yang baik adalah ingat akan “DOSA&TAUBAT”

Buat Pengajaran...

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke alam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu,"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikuti orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan shalat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan bangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Dizaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka coba membunuh ular itu. Apabila mereka coba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammad Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya 1. Apabila dia mendengar azan dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah. 2. Dia tidak mau keluarkan zakat hartanya. 3. Dia tidak mau mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya. Karena sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu akan abadi jika diamalkan dan sesungguhnya yang mengamalkannya itu tidak akan pernah kekurangan ilmu...

Monday, August 10, 2009

IKLAN JAWATAN KOSONG

Semenjak dua menjak ni banyak kerja kosong datang dari middle east...hinggakan banyak kerja kosong yang terpaksa diwujudkan di TITAN ni. Baru2 ni ramai budak instrumenn yang ca alif but dari TITAN yang meninggalkan trauma yang amat mendalam kepada beberapa kerat budak2 teknisyen instrumen yang masih tertinggal kat sini...mana taknya satu hari kena panjat 2~3 biji tower setinggi 70 hingga 80 meter..."perghhh rasa nak tercabut lutut bro" kata Zul (bukan nama sebenar) salah seorang teknisyen instrumen yang teraniaya...So kepada brader2 yang kat luar sana, yang tengah sibuk nak carik kerja(selepas kecewa kerana tak dapat keje kat middle east)boleh lah mencuba nasib kat sini.
Klik disini untuk maklumat lanjut. Selamat mencuba!!!( Mesej ini adalah ikhsan dari team A...James Chao tak bayar apa2 pun)

Thursday, August 6, 2009

Lorong Puaka

Posting kali ni aku saja nak kembalikan nostalgia member2 ex titan yang dah berjaya di mana-mana seluruh pelusuk dunia. Engkorang ingat lagi tak gambar ni? Aku pun tak tau macam mana gambar ni bole di seludup keluar,tapi itu tak penting yang penting kisah disebalik gambar ini. Kira-kira jam 0100 hrs sekitar ogos 2003, nun di hujung sana nizam tengah sibuk dengan 'bom'nya mengutip sampel C2 ngan C3 product. Dengan ear plug yang tersumbat mampat ditelinga, kerja2 mengutip sampel dilakukan sepantas yang mungkin tanpa menoleh kiri dan kanan. Time2 macamni bulu roma memang meremang, maklumlah malam jumaat keliwon...tiba-tiba...TANG!!!...satu bunyi hentakan yang kuat disusuli bunyi...trang!!..tang!...tang...dan terus terhenti..."laa...bunyi steam hammering rupanya"...dalam keadaan masih terperanjat...cepat2 ambik bom dan terus berkayuh ke lab. Di sebelah kiri lorong ini cecair caustic dah banyak melimpah ke lantai...hafiz adam pulak tengah sibuk mencuci lantai membersihkan caustic yang baunya macam tungkik. Baju pun dah melekat bau caustic...macammana nak bawak bas malam ni?"Takpe kalau tak boleh bawak bas Transnasional, naik bas E366 pun ok gak" bisik hafiz sambil terus menyimbah air ke lantai. Begitulah antara 'Kisah dalam gambar' yang menyimpan seribu kenangan bagi setiap insan yang pernah menjadi 'penuggu' tempat ini. Mungkin anda juga ada kisah2 tragis suka duka apabila menatap foto ini. (Hafiz adam sekarang sedang berkhidmat ditengah lautan mencarigali minyak manakala nizam masih didalam gambar ini memproses minyak yang digali hafis. Kepada hafis, nizam dan yang seangkatan dengannya... 'kenangan bersamamu' adalah 'kenangan mengusik jiwa'....)

Monday, August 3, 2009

Yassin 3 kali malam Nisfu Syaaban

Ingat tak masa kecik2 dulu, bila tiba malam nisfu syaaban masjid2 dan surau2 tak kira kat kampung atau bandar pasti akan mengadakan majlis bacaan yassin sebanyak 3 round. Masa tu kita budak-budak ni bukan nak baca Yassin sangat tapi yang penting nak melantak nasi ambeng. So terpaksa la tunggu sejam dua bapak-bapak kitorang ni menghabiskan 3 round bacaaan Yassin ni. Beberapa tahun lepas tu...ada tempat2 yang tak baca 3 round lagi tapi cukup sekadar satu round...agaknya kesian tengok budak2 masing-masing dah kebulur. Mutahkhir ini banyak jugak masjid2 dan surau2 yang dah tak buat langsung majlis ni. Kenapa yer?...Diorang dah malas nak baca Yassin ker atau dah takde bajet nak buat nasi ambeng atau kebetulan malam tu ada Akedemi Fantasia? Kalau nak tau kenapa jadik macam tu...sila klik disini untuk mendengar penjelasan dari guru kami Al Fadil Ustaz Mat Esa

Sunday, August 2, 2009

Perhatian kepada para Dermawan!!!

Sukacita dimaklumkan seketariat Badan Amal team A ingin menyeru kepada para dermawan yang bermurah hati untuk mendermakan pakaian baru @ terpakai yang akan disumbangkan kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan di sekitar Pasir Gudang. Program yang dirancang ini diharapkan dapat dilaksanakan seberapa segera yang mungkin memandangkan Hari Raya Idul Fitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik ini. Disamping itu kedatangan Ramadhan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh para dermawan untuk mendapatkan kelebihan pahala bersedekah yang berlipat ganda. Pihak penganjur juga ingin meminta kerjasama daripada penderma-penderma agar melakukan perkara-perkara berikut sebelum menyerahkan sumbangan tuan-tuan ; 1. Pastikan pakaian terpakai dalam keadaan bersih (telah dicuci terlebih dahulu dan kalau tak larat hantar je ke dobi) 2. Asingkan pakaian baru(jika ada) dan terpakai dan hendaklah dilabelkan (pakaian baru(jika ada) akan diserahkan kepada mereka2 yang langsung tak mampu nak beli baju raya) 3. Lipat pakaian tersebut dan disusun dengan kemas di dalam KOTAK sahaja (Jangan isi dalam beg plastik sampah atau dibungkus dengan surat khabar lama atau suruh je makcik dobi tu tolong lipatkan dan masukkan dalam kotak) 4. Pakaian lama yang agak lusuh juga diterima dengan syarat telah dicuci dan diasingkan bungkusannya (Pakaian ni kalau diorang tak nak pakai, boleh dibuat lap kaki atau kain buruk) (kerjasama tuan-tuan sangat diperlukan untuk menunjukkan keikhlasan kita menderma) Klik disini untuk "Kehebatan Bersedekah" oleh Guru kami Al Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman Sumbangan tuan-tuan (yang telah memenuhi kriteria di atas) boleh lah diserahkan kepada pengerusi Badan Amal Team A, En Aqromah dengan menghubungi talian 07-2538746 atau 0126435001