Rasulullah seringkali berdoa: "YaAllah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”
Umat Islam akan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh
dengan keberkatan serta mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu marilah
kita sama-sama mengucapkan ''Marhaban Ya Ramadhan". Marhaban
menggambarkan suasana penerimaan tetamu disambut dan diterima dengan lapang
dada dan penuh kegembiraan. "Marhaban Ya Ramadhan" (selamat datang
Ramadhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang
dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan.
Salam Ramadhan dari blogteam A buat semua sahabat2 di seluruh pelusuk tanahair dan dunia...
No comments:
Post a Comment