Wednesday, December 22, 2010

Sumbangan

Majlis penyerahan wang kutipan sumbangan dari rakan2 TITAN diatas pemergian Almarhum Ngah bapa kepada Rithuan yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 dis yang lalu telah dilakukan di rumah En. Nizam malam tadi. Turut hadir pada majlis itu ialah saudara Ferdaus. Diharapkan sumbangan yang tak seberapa ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Rithuan sekeluarga. Kami rakan 2 diTITAN berharap Sdr. Rithuan terus bersabar dengan ujian ini dan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda sekeluarga.

Monday, November 29, 2010

Acoi The One Day King!!!

Warga kerja Blog Team A dan seluruh shift team member mengucapkan selamat pengantin baru kepada saudara Aqramah a.k.a acoi dan isteri yang telah selamat di'satu'kan dengan ikatan perkahwinan pada 27 Nov 2010. Semoga Allah merahmati kalian berdua dan ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kami juga ingin memohon maaf kerana tak dapat mengiringi anda di hari yang penuh bersejarah ini lantaran kesibukan tugas.

Monday, November 22, 2010

Selamat Pengantin Baru Rashid

Selamat Pengantin Baru Rashid dan Syuhhadda...
Rombongan The-A-Team Warga kerja Team A mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan raja sehari Rashid dan isteri. Majlis yang diadakan di rumah pihak lelaki begitu meriah dengan kehadiran tetamu jauh dan dekat. Team A juga tidak ketinggalan menghantar wakil untuk sama2 meraikan pasangan yang tersenarai sebagai pasangan paling dikehendaki disegerakan perkahwinannya. Pada kesempatan ini juga Ahli2 team A mendoakan agar ikatan suci ini terus kekal sehingga keakhir hayat dan sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT...amin

Monday, November 8, 2010

Sila Beratur!

Hari ini mungkin beratur paling panjang pernah disaksikan di TITAN. Tidak seperti beratur untuk buat medical checkup atau nak derma darah atau pun nak buat hearing test. Walaupun TPC2 masih dalam proses start up ternyata tidak menghalang 'para pelabur' untuk berbaris panjang sejak dari pagi hingga ke malam. Wajah2 riang dan gelak ketawa terlihat di sana sini tak kira orang besar atau orang kecik. Segala khabar angin dan desas desus akhirnya terjawab tatkala membaca isi kandungan 'surat keramat' yang menjadi bualan hangat semenjak tersebarnya berita TITAN telah dijual kepada sebuah syarikat dari Korea. Inilah yang dinamakan 'rezeki dari punca yang tak disangka-sangka'. Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan penat lelah hampir sebulan lebih bertungkus lumus menjayakan TPC2 turnaround. Tahniah kepada kita semua dan terima kasih kepada X-tauke yang sudi menghulur secubit keuntungan dari penjualan syarikat bapak dia!

Saturday, October 16, 2010

Terbakar......

(gambar hiasan)
Petang semalam kerja2 T/A CR2 agak terganggu apabila satu kejadian kebakaran telah berlaku sewaktu aktiviti maintenance sedang rancak berjalan. Menurut saksi yang terselamat pada kejadian itu Mr. Jay(bukan nama sebenar), insiden yang berlaku pada kira2 jam 1830 pm itu menyebabkan seluruh pekerja2 kontraktor lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri. Keadaan menjadi semakin tegang apabila tiada api dikesan dimana hanya asap hitam berkepul-kepul keluar dari entah mana puncanya memenuhi ruang bawah compressor deck... Menurut seorang lagi saksi yang 'survive'...Mr. Ann Jr. yang menghubungi editor BlogteamA.blogspot sejurus selepas kerja-kerja pemadaman dilakukan sehingga jam 1945 pm masih belum ada mangsa yang ditemui tercedera pada insiden ini. Sebenarnya bukan baru sekali insiden macam ni berlaku....sebelum ni pun dah banyak kali kes 'berasap' ni dah terjadi. Walaupun berbagai langkah keselamatan di lakukan (salute to Mr. Meor yang tak jemu2 bertungkus lumus memastikan quench area selamat utk 'kerja2 panas') namun insiden ini tetap juga berlaku...bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya....

Monday, September 20, 2010

BAHANG TURNAROUND CR2

Scaffolding telah di'erect' di sana-sini, mobile crane hampir setiap hari mengangkut itu dan ini, 2 biji bundle puller dah beberapa hari menghadirkan dirinya betul2 didepan tecnician cabin,pekerja kontrek dah macam ulat taik. Syawal yang baru lepas 10 hari macam tak terasa dek bahang kesibukkan persediaan untuk event yang pastinya mencabar kesabaran semua orang. Hanya tinggal 11 hari je lagi kita semua akan dilanyak secukup-cukupnya dan antara yang terpenting adalah nak mengejar '1.0 month' month T/A bonus...Bagi semua yang terlibat pastikan anda membuat persediaan mental dan fizikal yang mencukupi kerana event ini pasti menjadi kenangan seumur hidup untuk disampaikan kepada generasi akan datang....

Thursday, September 9, 2010

Salam Eidulfitr....

Eid itu maknanya kembali manakala Fitr maknanya Fitrah...Eidulfitr bermaksud kembali kepada fitrah yang bersih dan suci dari dosa. Inilah hasil dari tarbiah Ramadhan supaya manusia kembali mengabdikan diri kepada Allah SWT dan meninggalkan perkara mungkar dan maksiat. Setelah kita bersusah payah mengharungi Ramadhan adakah kita tergamak menghancurleburkan segala pengorbanan kita hanya dalam satu hari kita berhari raya? Oleh itu sambutlah 'hari kemenangan' ini dengan jiwa yang bersih dan tawadduk...berjimat cermat dan jangan membazir...berhati-hati dijalanraya dan jangan emosi...banyakkan ziarah-menziarahi bukan asyik mengadap TV dan bermaaf-maafan dengan penuh keikhlasan. Warga kerja TeamA.blogspot mengucapkan selamat Hari Raya Idulfitr kepada semua sahabat2 dimana jua anda berada.Maaf Zahir Batin.

Tuesday, August 24, 2010

Selamat Berehat....

Dimaklumkan bahawa salah seorang sahabat kita saudara Anuar jr. telah selamat menjalani pembedahan membuang appendiks pada petang hari Isnin 23 Ogos 2010 di Hospital Penawar Pasir Gudang dimana beliau telah menderita menanggung sakit dibahagian perut beberapa hari sebelum itu. Kepada sahabat2 yang berhajat untuk menziarahi beliau bolehlah datang ke tingkat 2 wad no 214. Beliau dijangka di'discharge'kan dari hospital pada hari Rabu 25 Ogos 2010. Diingatkan kepada pelawat2 jgn bawak makanan sedap2 untuk beliau kerana beliau tak dibenarkan menjamah makanan selain bubur nasik....Anyway...seluruh warga team A mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan selamat berehat....See you on incoming Idulfitri...

Monday, August 9, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Rasulullah seringkali berdoa: "YaAllah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.” Umat Islam akan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan serta mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama mengucapkan ''Marhaban Ya Ramadhan". Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu disambut dan diterima dengan lapang dada dan penuh kegembiraan. "Marhaban Ya Ramadhan" (selamat datang Ramadhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan. Salam Ramadhan dari blogteam A buat semua sahabat2 di seluruh pelusuk tanahair dan dunia...

Sunday, July 25, 2010

Konvoi ke Palong Tiga Belas 24072010

Salam berjumpa lagi kita di blog Team A. Kali ni aku nak share sikit gambar-gambar yang di ambil di sepanjang perjalanan konvoi Team A + Pearlmotoclub ke Palong 13 untuk menghadiri majlis perkahwinan En. Solehan dan pasangannya Pn. Miza. Kepada korang berdua, kami dari warga team A mendoakan semoga mahligai yang di bina berkekalan hinggga akhir hayat Amin... Jom kita tengok gambar:-
Pukul 0740 pagi : Semua ahli konvoi berkumpul di check point 1 di Burger King Skudai
Pukul 0745 pagi : Meneruskan konvoi ke Kedai Kopi Stesen Keretapi Kluang ( speeding time hujan..don't try this at home!)
Pukul 0900 pagi : tiba KRC untuk bersarapan pagi ( kopi + roti bakar memang best! )
Pukul 1030 pagi : Tiba di check point 2 untuk bertemu dengan warga PMC dari TPP plant dan sesi fotografi
Pukul 1140 pagi :Masa untuk menuang minyak bagi meneruskan konvoi
Pukul 0125 petang : Tiba di rumah pengantin lelaki ( semua perut dah berbunyik..lapo.. ) Pukul 0130 petang : Perarakan dari rombongan pengantin perempuan ( @ireel a.k.a kak su as official photographer) Pukul 0140 petang : Kedua-dua mempelai tiba di perkarangan rumah ( pintu gerbang tu macam x de function jerkh..) Pukul 0210 petang : Selepas makan sesi fotografi bersama warga team A Pukul 0230 petang : Sesi fotografi bersama kedua-dua mempelai Pukul 0300 petang : Tiba di masjid Palong 13 untuk menunaikan solat ( YB sempat mentest drive alza..kereta idaman kalbu..) Pukul 0500 petang : Mingisi minyak sebelum bertolak ke rumah Mat Ise di Merlimau Melaka Pukul 0600 petang : Tiba di rumah Mat Ise ( naik keje first pagi nanti..) Pukul 0830 malam : Tiba di dataran ape ntah..tapi memang happening.. Pukul 0850 malam : Aksi terakhir sebelum bertolak balik ke rumah masing-masing

Wednesday, July 21, 2010

We're ready to fight!!!!

Penat letih dan seronok...itulah ungkapan yang sesuai apabila selesai menghabiskan kursus fire team development selama 2 hari pada 20 dan 21 Julai. En Rosly instructer yang sporting dan sempoi tak jemu2 menceritakan pengalaman 26 tahun dalam perkkhidmatan bomba malaysia. Tapi part yang best bila cerita pengalaman dia sebagai ketua pemuda DAP!!!caya la lu bro!!!Kerja dgn gomen...tapi lawan gomen...last2 kena surat tunjuk sebab!!!Anyway En Rosly memang best!!!Selain dari itu semangat yang ditunjukkan setiap peserta juga mengkagumkan khususnya Abg Bahar utility...walaupun dah 'byk umur' tapi masih tetap sama2 memberikan komitmen dalam pasukan...inilah yg dinamakan Teamwork!!!So kepada member2 diluar sana yang asyik nak mengelak gi MSTS...come on buddy...join us...korang pun akan rasa seronok jugak!!! Anda ingat lagi mamat pakai baju merah dalam gambar diatas? itulah saudara Mohd Sabar yang suatu ketika dulu pernah kerja kat TPC2 lepas tu pndah optimal lps tu dapat offer kat Qatar dan sekarang jadik trainer kat MSTS ni...Tengok tu mat saleh pun ternganga....

Sunday, July 18, 2010

Terima Kasih sahabat

Terima kasih kerana sudi datang ke majlis Aqiqah dirumah Nizam. sesi petang dimulakan dengan kehadiran ahli team A yang on the way nak masuk keje malam. manakala sesi malam dihadiri oleh shif2 lain. thanks to pearlmotoclub.blogspot.com yang buat liputan majlis tazkirah pada malam itu.

Friday, July 16, 2010

Honam Petrochemical To Acquire Malaysia's Titan Chemicals Corp

SEOUL, July 16 (Bernama) -- South Korea's Honam Petrochemical Corp said Friday it will buy a 100 percent stake in Titan Chemicals Corp Bhd, a Malaysian petrochemical company, for 1.5 trillion won (US$1.2 billion), Yonhap News Agency reported. According to the news agency the South Korean company said it will acquire a 73 percent stake from the Malaysian company's two major shareholders, Chao Group and Malaysian sovereign fund Permodalan Nasional Berhad, and plans to purchase the remainder via a takeover bid. "We can raise the money by ourselves as we have 1.3 trillion won in cash and our operating profit has been on the rise," a company official said. "To keep our cash flow strong, we may consider issuing bonds." The company said Titan Chemicals posted US$1.64 billion in sales last year, and predicted the takeover will help it record 12 trillion won in consolidated sales this year, which include sales from overseas units. Honam Pertrochemical, a unit of South Korea's retail giant Lotte Group, said it will have annual production capacities of 2.47 million tonnes of ethylene, 1.8 million tonnes of polyethylene and 1.38 million tonness of polypropylene by acquiring the Malaysian petrochemical firm. -- BERNAMA

Saturday, July 10, 2010

Raja Sehari

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada salah seorang ahli team A iaitu saudara Solehan dan pasangannya yang telah selamat diijabkabulkan pada 3 Julai 2010 yang lepas. Majlis yang berlangsung dirumah pihak perempuan itu khabarnya begitu meriah dan ceria (menurut wakil tunggal team A saudara Suhaireel yang menghadiri majlis tersebut). Kami warga Team A mendoakan agar ikatan suci ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...

Thursday, July 8, 2010

TITAN nak kena Jual???

Heboh diperkatakan di sana-sini tentang ura2 bahawa TITAN nak kena jual...bermula dari tersiarnya berita tentang James Chao dan PNB yang nak menjual 'bahagian' mereka dalam kilang berteknologi tinggi ini(walaupun berita ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak pengurusan TITAN) sehinggalah pada baru-baru ini beberapa siri lawatan (site visit) oleh beberapa orang 'asing' (bukan orang melayu@arab@mat saleh) yang telah meninjau kawasan sekitar loji dibawah pengurusan TITAN chemicals yang menambahkuatkan lagi desas-desus khabar angin tersebut. Berita dan khabar angin ini ternyata memberi kesan kepada pekerja2 TITAN baik diperingkat bawahan atau atasan. Ternyata kesahihan berita ini turut dikuatkan lagi apabila ada beberapa kakitangan berpangkat manager & penyelia yang tak berani menafikan hal ini malah ada yang turut berkongsi cerita. Sementara pekerja2 diperingkat bawahan mula mengira-ngira untung nasib mereka...kerancakan untuk projek turnaround Cracker 2 masih tetap berlaku dan pemerhati politik berpendapat bahawa sekiranya benar akan berlaku 'penjualan' ini ianya mungkin selewat-lewatnya oktober ini iaitu sejurus sebelum CR2 shutdown...

Tuesday, June 15, 2010

Puisi buat Sahabat

Sahabat... Maafkan kami sebab tak sempat nak bermesra denganmu Lantaran himpitan dan hambatan masa Kami terlalu sibuk untuk mengisi ruang masa buat mu Terlalu sempit...macam nasi himpit...berhimpit-himpit Sahabat... Handfon kami canggih2... Tapi...macam mana kami bole terlupa nak call Tidak....bukan kami terlupa... tapi ada yang kata...jangan kita terhegeh-hegeh... Sahabat... Bukan kami tak ingat....saat2 indah kita bersama Bersumpah setia...berjanji sehidup semati... Tapi bila dirimu sudah berjaya dan bergaya... Kami dengan mudah melupakan mu.... Sahabat... Maafkan kami....

Tuesday, June 1, 2010

YA ALLAH!!! SELAMATKAN MEREKA.....

Ketika posting ini ditulis seramai 12 orang aktivis Life line 4 Gaza yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang di serang oleh komando Israel laknatullah, bersama2 sekumpulan aktivis lain dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke palestin. Marilah kita sama2 mendoakan keselamatan mereka sehingga mereka berjaya melaksanakan misi ini...

Monday, May 24, 2010

Selamat Maju Jaya

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat jalan dan tahniah kepada sahabat kita ni saudara Fikri yang baru-baru ini telah berpindah tempat kerja. Pindah pun takdelah jauh sangat masih dalam pagar TITAN. Beliau difahamkan akan mengambil alih tugas Senior Engineer YM Ungku Fathullah yang khabarnya akan dinaikkan pangkat sebagai manager. Ini adalah rentetan dari khabar angin yang bertiup kencang bahawa Mr. Gan akan meletakkan jawatannya sebagai manager di TITAN. Kita tunggu je la official announcement dari pihak pengurusan. Kepada En. Fikri...Kami warga team A mengucapkan selamat maju jaya dan sentiasa ingat zaman susah senang kita bersama...kah...kah...kah...

Sunday, May 9, 2010

Tahniah!

Petang tadi telah berlangsungnya majlis kesyukuran di rumah Hisham BTX a.k.a Jawa. Majlis tersebut bermula lebih kurang pukul 2.00 petang dan dihadiri sanak saudara dan rakan taulan. Antara tetamu yang turut hadir ke majlis tersebut seperti Duan Ngah dan pasangan, Razman dan family, Shirhan, brother MK, Zul K dll. Walaubagaimanapun majlis ini sunyi tanpa kehadiran YB kita atas alasan yang boleh di terima pakai. Menu utama nasi baryani menjadi santapan pengunjung. Kami dari warga team A mengucapkan tahniah kepada saudara Hisham kerana telah "confirm" menjadi warga Titan. Diharapkan majlis seumpama ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Friday, May 7, 2010

Majlis Kesyukuran

Salam.. Adalah dengan ini saya wakil kepada saudara Hisham Jawa ingin menjemput anda semua ke majlis kesyukuran pada : Tarikh : 09 Mei 2010 Masa : Pukul 2 hingga 4 petang ( Selepas pukul 4 tiada di rumah atas sebab hal penting ) Alamat : No 20, Jalan Jasa 17, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai Johor. Diharapkan dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis. Peta Lokasi :

Saturday, April 24, 2010

~BerKongsi PengaLamaN~never forget U ALL

..bukan sekadar kata2...doa untuk sahabat2 sekalian.. antara sofa dan marwah
masjid Nabawi
masjid Quba
bukit uhud
masjid qiblatani
.
.
.
mana photo juru kamera?..pastinya menjadi tanda tanya..
.
RAHSIA..hahaha..nanti kalau aku publish org kata nak menunjuk2 pulak..
.
.
.ALLAH YA ATIEK AL AFIAH.

Monday, April 5, 2010

We all love u

Salam ingatan buat semua sahabat-sahabat yang berada diseluruk pelusuk dunia...Selagi nyawa di kandung badan...kenangan terindah bersama kalian tetap dalam ingatan...Kami doakan kalian semua berjaya dalam memburu apa yang diimpikan...namun begitu jangan dilupa bahawa dunia ini adalah tumpangan semata-mata, akhirat jualah yang kekal selama-lamanya...
Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung
Life must go on....walaupun korum dah makin berkurang
Takde rotan akar pun berguna...may Allah bless u all!!!
Skuad pelapis yang akan meneruskan kesinambungan kecemerlangan...

Thursday, March 11, 2010

Nur Ilyana Irdina

Inilah dia wajah bayi comel, puteri kepada pasangan Norul Hisam a.k.a Mat Ise dan isterinya yang buat pertama kali bergelar Ayah dan Ibu. Mrs. Mat Ise telah selamat melahirkan bayi seberat 2.95kg ini pada dinihari 6 Mac 2010 . Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Berkat dari kesabaran dan doa yang berpanjangan kalian berdua akhirnya Allah telah mengurniakan permata yang sangat berharga ini.

Monday, February 22, 2010

Selamat Pengantin Baru

Blog team A mengucapkan selamat pengantin baru kepada saudara Jamal Fikri dan isterinya puan Natrah yang selamat diijabkabulkan pada malam 20hb Februari 2010. Semoga ikatan suami isteri ini sentiasa didalam rahmat dan diberkati Allah swt. Kepada kawan2 yang ada kelapangan marilah kita beramai-ramai memeriahkan majlis di rumah pengantin lelaki di Pekan, Pahang pada 27hb Februari 2010. Kepada En. Jamal...Umur dah makin meningkat...takde masa nak merancang keluarga...cepat2 dapat zuriat...untuk kesenangan di hari tua...

Saturday, February 6, 2010

Mimpi Ngeri!!!

Akhirnya mimpi ngeri bagi org2 yang bergaji 'beso' datang lagi. Seronok bila tengok jumlah pendapatan tahunan tapi yang tak seronok bila terpaksa bayar pulak kat kerajaan, kalau singgit dua kira ok lagi tapi kalau dah sampai beribu-ribu inggit...pergh...Bagi yang gaji tak beso sangat tu inilah masanya nak tersenyum bangga kerana tak perlu nak meyumbang pada kerajaan yang buat jalan tapi tak sampai sebulan jalan dah rosak! Tapi bagi yang bergaji beso dan kena bayar beribu-ribu inggit anda masih boleh tersenyum pahit sebab duit tu boleh gak bayar bonus pak sedara dan mak sedara engkorang yang luluskan projek2 buat jalan tu. Tapi jangan risau...kalau engkorang rasa terkilan nak bg duit korang kat golongan macam ni...ada cara lain yang bole engkorang buat...dengan cara membayar zakat...so kita tak perlu risau sebab duit tu 'sepatutnya' hanya akan sampai pada golongan yang wajib dapat zakat. Lagipun tanggungjawab bayar zakat ni sebenarnya bukan pilihan tapi kewajipan(menurut majlis ugama negeri2 kat malaysia) kepada muslim yang cukup syarat. OK!!! selamat membayar....

Monday, February 1, 2010

Tempoh bertenang...

Seminggu dua ni kecoh kawan2 kat Titan tentang isu panas pemberian bonus. Minggu lepas kecoh pasal Titan tak keluarkan pengumuman tentang annual bonus. Minggu ni pulak isu itu masih lagi panas walaupun gaji dah masuk tetap juga Titan tak umumkan secara terbuka dalam intranet. Blogmaster tak nak cerita pasal isu bonus Titan kat sini sebab tak nak mengguris hati sesiapa. Ada sorang sahabat tu kata, bini dia pun tak tau dia dapat bonus ke tak...sebab dia tak sampai hati nak bagitau bini dia...kesian bini dia....Tak per la bro...susah sama susah...senang sama senang....bagitau jer kat dia...then sabar jer la apa yang nak jadik lepas tu ...kah... kah ... kah...
Masih lagi related dengan isu bonus ...Warung PAk Ali pun jadi suram jer...hanya 2~3 kerat penunggu setia yg masih sarap kat situ...kalau sebelum ni warung pak ali ni la paling top...tapi sejak gaji hari tu...toke warung pun heran kenapa dah tak ramai datang TT(pinjam ayat founder PMC) kat warung dia.(Tak percaya tengok gamba diatas...beberapa org je ahli Team A yg baru balik keje malam...mana peginya oden,mat ise, apis arab dan yg lain2....merajuk kot?...kah...kah...kah...
By the way...thanks to sapari yang sponsor sarapan pagi tadi, at least duit gaji kami bulan ni tak la rasa luak sangat...kah...kah...kah.... nota: Kisah di atas adalah kisah benar walaupun ada unsur2 jenaka. Kepada semua bini2 bersabarlah dengan ujian ini...sesungguhnya suami2 kalian penat bekerja siang dan malam...kah...kah...kah...

Wednesday, January 13, 2010

Welcome Back Buddy!!!

Blog Team A mengucapkan selamat menyambung tugas kepada saudara Zulfadli...Sesungguhnya apa yang ditentukan Allah itu lebih baik dari apa yang kita rancangkan. Yakin bahawa rezeki itu telah di tentukan oleh Allah buat setiap hambanya, so tak payah nak risau kat mana kita berdiri...selagi ada nyawa selagi itulah ada rezeki untuk kita.

Saturday, January 2, 2010

Anuar Bachok - The 3 days King

Blog Team A committee mengucapkan selamat pengantin baru buat saudara Anuar dan isteri yang telah melangsungkan majlis perkahwinannya selama 3 hari berturut turut bermula pada malam pernikahan pada 25 disember hinggalah majlis di rumah pihak lelaki pada 27 disember 2009. Semoga ikatan yang dibina ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sehingga ke akhir hayat...amin.