Tuesday, December 29, 2009
Selamat Jalan Sahabatku...
Antara realiti dan fantasi sudah terbukti kini, segala impian dan harapan sudah menjadi kenyataan. Maka itulah realiti yang terpaksa kita terima tentang kehilangan sahabat kita di mana saudara Saiful BTX dan Azmi Furnace telah selamat berlepas ke tanah arab lebih kurang pukul 1905 hrs. Ramai sahabat kita yang mengiringi sepanjang di air port antaranya Anal BD, Oden, Achoi, Arab, Wapad dll... Bacaan doa telah disampaikan oleh YB team A kita saudara Nizam Arjuna. Kami di sini mendoakan semoga semuanya berjalan lancar dan apa yang dihajati selama ini menjadi kenyataan.
Wassalam
Thursday, December 17, 2009
KhaBaR daRi aL-juBaiL uTk SahaBat ku SeKaLiaN
setibanya aku kat jubail ni...sahabat2 dari malaysia dtg jenguk aku kat hotel ni..terima kasih bebanyak utk `Nazri aka BeB`...banyak tolong aku kat sini..tak lupa juga geng2 dari malaysia yg dtg menyambut aku,bob&gureh..ni la tempat penginapan aku....mula2 dia layan baik2 lepas tu....????jadi unta la aku..
lepas ni nasib aku tak tau lagi...adakah seperti pokok2 di sebelah kanan yg hidup subur tanpa segan silu....ataupun seperti pokok2 disebelah kiriyg cuba utk hidup tapi tak terdaya....
kalau anda bijak bistari,cuba teka siapakah ini...
aku,wak jai&member dari petronas kat kuwait international airport..
santai ditepi pantai..kereta yg korg ngok tu..itulah kereta yg bawak aku&the gang kemana sajer aku nak pergi..
itu lah sedikit kisah aku untuk korg...terpaksala tumpang blog team A punya...blog aku belum siap...batu block tak sampai lagi...untuk dua sahabat aku yg nak kesini pada 28hb ni...amcam ader brani kaa...aku tunggu korg..kat sini...ni pun aku pinjam laptop kawan aku bob dari petronas VCM....so thnx a lot to all of u,i miss u all....
Tuesday, December 15, 2009
Selamat belayar
Akhirnya hari yang dinanti-nanti pun tiba
Tiada ungkapan selain kata-kata
pemberi semangat
dan iringan doa buat seorang sahabat
agar hatinya cekal dan teguh
menempuh segala dugaan yang mendatang.
Sahabat...
Pastinya perpisahan ini
bukan noktah bagi sebuah
ikatan persahabatan
Selamat maju jaya
Dari seluruh warga
Team A
Monday, December 7, 2009
Farewell Dinner Update!
Seperti yang dihebahkan dari mulut ke mulut mahupun media massa, saudara kita Khairul Nizam Rebot a.k.a Kitol akan diterbangkan ke tanah arab pertengahan bulan ini. Tiada apa yang dapat diungkapkan dengan kata-kata atas penghijrahan beliau. Beliau yang dikenali sebagai seorang yang friendly dan ceria amat disenangi oleh rakan-rakan seperjuangan. Kehilangan beliau ibarat sebutir " permata yang hilang" di mana ia tidak dapat digantikan dengan permata yang lain. Hanya ucapan dan doa daripada kami semoga semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. Akhir kata "good luck bro!!!".
p/s :Dengar khabar angin saudara epul bakal mengikut jejak saudara kitol?, kita tunggu cerita selanjutnya,tunggu....
Menunggu YB team A dengan penuh nyirap bandung....
Turut dihadiri tetamu terhormat saudara Selvamm....
Bacaan doa pembuka majlis yang disampaikan oleh saudara Ucop Vios...
Majlis penyampaian cenderahati oleh leader Team A...
Saat yang di nanti oleh tetamu jemputan, kita makan dulu...
Para jemputan sedang menjamu selera...
Makan jangan tak makan...
Posing menarik para jemputan...
Kata-kata semangat daripada rakan seperjuangan...
Perginya seorang perwira....
Saturday, December 5, 2009
TITAN Bowling Tournament 2009
Setelah berpenat lelah membuat latihan semenjak sebulan yang lalu, maka hari ini adalah ujian sebenar bagi semua bowlers2 yang masuk bertanding dalam Titan Bowling Tournament bg tahun 2009. Team A menghantar 4 pasukan untuk menyahut cabaran kali ini. Berbekalkan latihan yang mantap dan semangat yang membara 'pejuang2' ini terus membuat balingan tepat jam 10 pagi waktu malaysia. Jeritan dan sorakan terdengar setiap kali balingan strike dan balingan ke longkang! Anyway tahniah diucapkan kepada wakil pasukan yang telah mengharumkan nama Team A walaupun tanpa di sponsor dan mengeluarkan modal dari poket sendiri untuk tournament ini.
Tuesday, December 1, 2009
Farewell Dinner
Satu Majlis Farewell Dinner akan diadakan bagi meraikan sahabat kita saudara Khairulnizam a.k.a Kitol yang akan berhijrah ke KSA pada pertengahan bulan ini. Siapa2 yang ada kelapangan dan dah bayar 'pengeras' dijemput hadir ke majlis 'Linangan Air Mata part 3' ini.
Tarikh : 3hb Disember 2009
Masa : 830 malam (Selepas Isyak)
Tempat : TS Hotel Taman Scientex, Pasir Gudang (Sebelah Econsave)
Tetamu VIP : Bahrin Bujang (ex-Team A member diterbangkan khas dari Borouge,UAE)
Subscribe to:
Posts (Atom)