Monday, November 23, 2009

Laporan jalan-jalan Team A di Endau Beach Resort

Warga team A cemerlang, gemilang, terbilang!!!
Sepertimana yang sudah sedia maklum, Team A telah mengadakan rombongan di Endau Beach Resort selama dua hari satu malam pada hari sabtu lepas. Sambutan pada kali ini amat di luar dugaan dengan kehadiran lebih daripada 40 peserta rombongan. Rombongan ini bertujuan memupuk semangat ukhuwah di antara ahli Team A. Antara aktiviti yang dijalankan disepanjang penginapan ialah seperti BBQ nite dinner,pertandingan kerusi beracun, tiup belon, teka-teki bersama tok janggut, jangan lupa lirik dan karaoke. Pada keesokkan harinya, aktiviti outdoor terbantut di sebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, ini tidak melunturkan semangat kami, aktiviti indoor diadakan di kafetaria seperti pertandingan karoom secara berkumpulan dan cabutan bertuah yang dimenangi oleh saudara Amin. Beliau telah memenangi dua buah baucer makan-makan di The Zone Hotel yang di taja oleh Tuan Roslani. Aktiviti bermandi-manda turut dijalankan tetapi tiada hadiah disediakan. Pada hari Ahad lebih kurang pukul 12:30 tengah hari, kami pun bertolak mengikut haluan masing-masing. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa perisiwa yang tidak diingini.Terima kasih kepada semua ahli rombongan atas komitmen yang telah diberikan dan semoga rombongan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. "Warga team A cemerlang, gemilang, terbilang" Sekian, Terima Kasih
Dari kiri keluarga Amin, Oden, Enal Ex-utility dan Uncle Nuar Dari kiri Keluarga Tajul, Kitol, Riyhuan (bakal) dan Mat Ise Dari kiri keluarga Nizam Arjuna, Enal BD, Bujangan dan Team A family BBQ nite dinner yang meriah... "makan time"...brother kat tengah tu romantik betul...cayalah bro.. Aktiviti sukaneka pembuka acara... Teka-teki bersama Tok Janggut sambil berkaraoke... Upacara penyampaian hadiah " on the spot"... Kanak-kanak yang ceria menerima hadian masing-masing... Antara warga Team A yang turut hadir... Bergaya sambil melantak hidangan... Gaya-gaya sempoi khas untuk tatapan mengunjung blog team A.. Posing sempoi lagi bersahaja.... Aktiviti di kolam renang... Orang dewa turut serta bermandi-manda... Mandi beramai-ramai yang sungguh menyeronokkan... Kanak-kanak yang menceriakan suasana... Aksi candid... Satu lagi candid gak... Aksi stuntman yang mendebarkan, please don't try this at home... Gaya spontan anak kecil kita...

No comments: