Saturday, September 26, 2009

~Kau SaHaBaT KaU TeMaN~walangkopo~

telah tiba saat waktu kau tinggal kan kami
kerana takdir yg maha esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
kau sahabat kau teman sejati
tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada peganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabat kau teman sejati
sudah ditakdirkan kau pergi dulu
disaat kau masih diperlukan
tuhan lebih menyayangi dirimu
kami pasrah diatas kehendak yang esa
ya ALLAH.. tempatkannya ditempat yang mulia
tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu
sahabat..akan kami teruskan perjuangan ini
walau kami tahu kau tiada disisi
perjuangan kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih dijasad hidup diteruskan
sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami
moga amanlah dan bahagia dikau disana
setangkai doa juga fatihah terus kami kirimkan
moga disana kau bersama para solehin
kau sahabat kau teman sejati
~AL-FATIHAH~

TERKINI!!!Al-Fatihah buat JMD

Dukacita dimaklumkan sahabat yang amat kita kasihi, Allahyarham Jais Md.Derus telah kembali ke Rahmatullah pada lebih kurang jam 12.00 tengah malam Sabtu 26 September 2009 di wad ICU/CCU Hospital Pakar Johor. Pemergian beliau tutut disaksikan beberapa ahli keluarga dan sahabat rapat.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Pasir Gudang untuk pengurusan mandi jenazah, kafan dan seterusnya disolatkan oleh saudara mara dan rakan-rakan yang menanti seawal jam 2.00 pagi.
Walaubagaimanapun atas permintaan keluarga, Jenazah Allahyarham diminta agar dikebumikan di kampungnya di Felda Cempelak, Segamat. Kepada rakan-rakan yang tak sempat 'bertemu' beliau, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyarham dihimpunkan bersama-sama orang-orang soleh....AL-FATIHAH...

Friday, September 25, 2009

TERKINI!!!Jais MD

Setakat jam 5.00 ptg tadi sahabat kita saudara Jais Md. Derus(JMD) dilaporkan masih tidak sedarkan diri(Koma). Sehingga laporan ini ditulis sudah hampir 12 jam beliau dipindahkan dari HDU Hospital Segamat ke ICU/CCU Hospital Pakar Johor, Johor Bahru. Terdahulu, awal pagi tadi telah ramai rakan-rakan dari Titan Chemicals yang datang menziarahi beliau setelah mendapat maklumat awal daripada seorang sahabat yang terus bergegas ke JSH, iaitu saudara Lobo yang kebetulan pulang bercuti hari raya dari KSA. Berkenaan keadaan kesihatan JMD, Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Segamat pada malam hari raya ke-2(ahad malam isnin,21 Sept 2009) setelah mengadu sukar untuk bernafas. Setelah proses imbasan X-Ray dilakukan keatas paru-paru beliau, didapati terdapat 'air' didalam paru-paru beliau sepertimana dijelaskan sediri oleh isteri beliau. Beliau seterusnya di'tahan' di Hospital Segamat sehinggalah semalam,24 sept 09 beliau telah dipindahkan dalam keadaaan tidak sedarkan diri ke Hospital Pakar Johor di JB. Menurut laporan tidak rasmi pihak JSH, keadaan beliau sekarang dilaporkan agak kritikal, namun begitu laporan sebenar tentang tahap kesihatan beliau masih tidak dapat diperolehi kerana pihak kami masih tidak dapat maklumat tepat dari isteri beliau yang begitu sedih sepanjang berada di wad ICU. Kepada rakan2 yang mengenali beliau, sekiranya ada kelapangan bolehlah datang ke wad ICU ditingkat 1 JSH sementara beliau masih 'ada'. Kami akan terus melaporkan keadaan terkini beliau dari semasa ke semasa, InsyaAllah.

Tuesday, September 22, 2009

Makannnnn....

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
Zainal Abidin Bin Ahmad (enal BD) Dan Suhana Binti Shari
Dengan segala hormatnya kami menjemput Tuan/Puan/En/Cik ....................................................................... Ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pada hari Sabtu, 26hb September 2009 bersamaan 7 Syawal 1430H yang akan diadakan di: Lot 97358, Jln Permatang 5A, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru. Jamuan : 12.00 tgh– 10.00 mlm

Wednesday, September 16, 2009

BALIK KAMPUNG?

Hari ni sudah bermula percutian yang dirancang bagi sesetengah orang.Disini Kami Team A ingin mengucapkan selamat pulang kekampung dan ingatlah: 1. kereta baru: kepada mereka yang bergaya dengan kereta baru janganlah pula balik ke jb nanti tinggal "bodyjer",tayar tinggal kat hihyway,sit tmpt duduk tertinggal kat segamat.Minta-mina dijauhkan.Memandulah secara berhemah.Biarlah lambat asal selamat. 2.Family baru; tidak kiralah anak baruker,bini baruker,bini no 2 baruker,apa-apa pun sentiasalah beringat raya kali inilah kita hendak merapatkan silaturrahim....yang tak kenal kita kenal kan,yang jauh kita dekatkan. 3.Perantau: yang balik beraya di tanahair....selamat kembali dan selamat pulang.Ni satu kan dok syok-syok raya lupa plak nak balik negara orang.Beringat sikit....sana tu tempat cari rezeki ?kan x berasap dapur....tapi beringat juga masa inilah yang sesuai untuk melepaskan rindu setelah berjauhan..... 4.bujang @teruna: wah...masa ni ko org nak bergaya yelah nak ngurat anak-anak dara org...pesan kami beringat kalu pun nak cari jodoh ikutlah adat2 melayu......eheheh...ko org yang bujang ni dapat cutiker?kwa kwa kwa kwa Apa-apa pun Kami sekeluarga Team A mengucapkan selamat pulang kekampung.Kepada mereka yang beraya ditempayt kerja,tahniah kerana anda adalah uinsan berhati murni kerana sudi mencover kawan-kawan andan bercuti bersama keluarga.... Sambil memandu dengar lagu dari ARwah sudir "balik kampung."

Tuesday, September 15, 2009

~aIr PeNaWar UtK TeaM `A`~

..... akhirnya segala usaha selama ini berbaloi juga...dimana salah seorang anggota team `A`telah
menjumpai penawar utk mengubati dan mnghapuskan penyakit berjangkit yang telah melanda hampir setengah abad didalam syif team`A` pada waktu malam........( mata nak tutup jer kalau keje malam..rasa macam kena pukau..)
....dua menu ini menjadi sajian team A..pada malam terakhir dibulan ramadhan di tempat kerja..perjanjian sudah dipersetujui..dimana kepada semua pengikut team`A` diwajibkan untuk meneguk air yang telah dijanjikan...menurut si pembuat air ini...beliu mengambil masa selama 7 kali malam jumaat`klewon` untuk menyediakannya...bahan-bahannya juga didapati dari tujuh gunung yang berlainan negeri ..jadi kepada pengikut team`A`...jangan lepaskan peluang untuk mengubati penyakit berjangkit...mudah-mudahan ianya mujarab.....( ni ubt utk keje malam je..yg keje pagi..belum dapat lagi..)..blakang panel satuuuuuuu.....hehe...jgn mare kalau terasa....

PLO 312:Teka siapa yang datang....

Dijangka 2nd night shift Team A nanti akan ada tetamu kehormat akan datang melawat rakan taulan team A. Perbincangan awal menyatakan beliau akan hadir untuk beramah mesra dengan sahabat2 lama. Diharap pada masa yang paling sesuai itu nanti bolehlah kita bertanya khabar dan bertukar-tukar pengalaman.

Saturday, September 12, 2009

Rumah yang ditunggu-tunggu.........

ini lah rumah yang ditunggu2 oleh teman kita..dari kiri..rumah raat,rumah rasdan&rumah bahrin.... pandangan dari udara...dari sumber yang boleh dipercayai...bumbung berwarna biru yang sebelah umah bahrin tu...agak2 korang rumah sapa?....itu lah rumah `David Beckham`..
pandangan dari udara...masih dalam pembinaan...so jadi korg tiga org kena sabar dulu..sebab pihak kerajaan UAE tgh mengkaji mcam mana untuk menyelmatkan diri jika pelepah pokok palma tu terputus....

Friday, September 11, 2009

Di Mana Teman Ketawa?

Sahabat... Kesakitan ini adalah ujian buatmu... Untuk menaikkan darjatmu... Sebagai kaffarah ke atas dosa-dosamu... Sahabat... Saat ketika sakit semakit meruncing... Janganlah hendaknya kamu berputus asa... Teruslah berdoa mengharapkan belas rahmatnya... Andainya engkau bersabar dengan ujian ini... Nescaya Allah akan membalasmu dengan yang lebih baik. Sahabat... Dikala kau menitiskan air mata... Aku tersentak...kaget... Semalamnya aku dikelilingi hilai tawa teman2... hari ini kau menangis sendirian...tanpa segan... Khas buat sahabatku yang sedang berjuang untuk hidup

Thursday, September 10, 2009

Ramadhan yg dinanti?

Kamu orang rasa mereka ini sedang buat apa? Ahhh...inilah salah satu rutin di bulan ramadhan ni....selain rutin kerja seharian yang telah ditetapkan,kerja sampingan ini juga wajib dilakukan.Siapa lagi kalau tidak magsanya budak-budak baru...kesian dia?Nak buat macam mana kena susah dulu senang kemudian....kata "senior-senior mereka".Walaubagaimanapun terima kasih kepada mereka sebab tanpa mereka tidak meriahlah suasana berbuka puasa. Ketol ada di gambar tu,alhamdulilah walaupun tangan masih berkepit di badan masih bersemangat membantu rakan-rakan yang lain.Tidak tahulah ramadhan tahun depan masih sempat "bermesra" dengan ketol..eheheh (faham2 sendiri sudah lah ye)

31HB AUGUST 2009

31 AUGUST 2009 Ucapan Kesyukuran dan Tahniah Kepada salah satu angota ahli penting didalam Team A iaitu YB "NIZAM" kerana dengan izin ALLAH telah selamat menerima kehadiran cahaya mata pada 31hb agust 2009. Wahh...YB dapat anak merdeka lepas ni makin rancaklah perjuangan YB dalam menegakkan keadilan......Amin....dimurahkan rezeki
Kalau buat kenduri kesyukuran atau potong jambul jangan lupa jemput kami........
31 AGUST 2009 Pada hari sama juga kami sekeluarga "Team A",telah didatangi berita gembira yang mana salah seorang ahli Team A "ferdaus a.k.a wapat"telah berjaya memenuhi impiannya yg selama ini dipendam dilubuk hati.Tidak sia-sia berkat menabung dan ikat perut selama ini.Walaupun belum kerja setahun tetapi sudah berjaya mencapai impian,ialah dari duit membazir tidak tentu arah lebih baik buat pelaburan harta.Ingat lagi kata beliau "aku kena beli juga kak su,sebab sebab emak bapak aku susah nak pergi mana2, nak harapkan kakak dia sudah ada keluarga' p/s:kita tunggu siapa lagi akan mengikut jejak dia ni..uhuuh

Wednesday, September 9, 2009

PLO312: Durian Runtuh!!!

Seminggu dua ini... Semua orang asyik tersenyum... Ada yang plan nak pergi showroom kereta... Ada yang niat nak belikan rantai emas 916 untuk bini... Ada yang nak tambah pelaburan forex... Ahli kelab pemilik kereta Vios pun dah bertambah... Bukan sebab harganya dah murah.. Tapi sebab ada benda lain yang datang mencurah... Bila mereka-mereka mula berpeluh... Dek kerana ramai orang mula mengeluh... Sebelum ada lagi yang pergi tidak disuruh... Dapatlah kita Durian Runtuh... Alhamdulillah....Rezeki dari Allah...