Thursday, June 11, 2009

Ziarah JMD

Malam tadi kami mewakili gerombolan team A diketuai Anwar Misran, menziarahi sahabat lama kami saudara Jais yang dikhabarkan sedang gering. Terkejut jugak kami ketika pertama kali melihat keadaan fizikal beliau yang agak kurus. Beliau baru sahaja di'lepas'kan oleh hospital pakar putri untuk balik berehat dirumah. Banyak jugak benda yang disembangkan...darihal penyakit sampaila tentang suasana keje kat yanbu. Kepada saudara Jais dan keluarga...banyak2 bersabar dan berdoa.Kami semua dari gerombolan team A mendoakan semoga saudara Jais dijauhkan dari penyakit 'yang pelik2' dan cepat sembuh dan seterusnya meneruskan kehidupan seperti biasa....amin... Kepada sahabat2 yang mengenali beliau...boleh la luangkan masa menziarahi beliau dirumahnya...sementara beliau dapat cuti panjang ni.

No comments: