Wednesday, January 14, 2009

WE ARE BACK!!!

Mati????Belum lagi...2~3 minggu ni jiwa kacau sikit....Apa lagi kalau bukan pasal isu bonus dan increment. Walaupun Towkey kilang dah keluarkan kenyataan TAKDE BONUS, tapi rasa tak puas hati makin menyala2... Cuba la bagi surat tunjuk sebab KENAPA PIHAK SYARIKAT TAK BOLEH BAGI BONUS... Teruk sangat ke ruginya atau pengguna2 plastik dah start pakai daun pisang dan tempurung kelapa? SABIC yang belum start up pun boleh bagi 2 bulan bonus, kenapa TITAN yang dah berkali2 start up dan shutdown tak boleh bagi? Dalam kalut2 camni pun ada khabar angin TITAN nak bagi 3 bulan bonus! Hallo brader jangan berharap sangat... Nanti yang dikejor tak dapat...habis air satu tempayan dicurah. Salary increment ni pun satu hal lagi, Kalau yer pun tak nak bagi BONUS 6 bulan, jangan le keluarkan rumours increment pun takder tahun ni...Kalau nak suruh orang terus stay kat sini bagi la increment at least sama dengan Borouge ke, baru la TITAN dipandang berdiri sama tinggi duduk sama rendah. By the way yang paling frust kalau takder bonus & increment pastinya mereka2 yang tak dapat PSR. Inilah masa nak beringat-ingat dan berjimat cermat ataupun 'ambil aku cepat-cepat'(bagi yang dah pergi medical check up la). Until then banyak2 la berdoa rumours 3 BULAN bonus tu jadi kenyataan, at least dapat gak berderma lebih sikit kat tabung Palestin(insyaAllah akan dilancarkan kelak)

No comments: