Sunday, November 9, 2008
YANBU....dipilih atau memilih?
gambar ehsan walangkopo.blogspot.com
Saban hari bertambah ramai sahabat2 kita yang menjejakkan kaki ke tanah kelahiran junjungan besar Nabi S.A.W. Samada ke Yanbu, Madinah atau Mekah, semuanya bergantung pada nawaitu masing2. Hadis 'setiap amalan bermula dengan niat' boleh dijadikan panduan kepada setiap individu yang nak berhijrah.
Peluang berbual panjang dengan saudara Majid (ex-team A...we miss u everytime we heard suara azan dari surau CCR) sebentar tadi telah merungkaikan beberapa kekusutan. Dari kisah 3 sahabat yang 'tertinggal' flight sampailah ke isu video klip kontroversi tajaan walangkopo.blogspot.com
Beliau dengan panjang lebar menerangkan realiti sebenar, dilemma dan hikmah disepanjang penghijrahan beliau dan sahabat2 ke KSA. Kisah sahabat2 yang bertemu dengan makna sebenar hijrah, Maha suci Allah yang memberi hidayah dan taufik kepada hamba-hambanya. Ketahuilah sahabat2 sekalian...Tuan-tuan sebenarnya telah dipilih oleh Allah dan bukan sekadar memilih untuk mengaut keuntungan dunia semata.
Pada sesi perbualan telefon itu beliau turut memperbetulkan persepsi buruk aku tentang sahabatku Jais MD, yang kusangkakan telah tersasar dari matlamat asalnya (sorry buddy...kenangan vios dan vcd ust. Azhar Idrus tetap terpahat...i know who u are) apabila beliau menerbitkan video klip kontroversi tersebut. Memang ramai yang terguris hati menonton video tersebut, termasuk aku...Allah sahaja yang tahu niat sebenar didalam benakmu.
Bagi yang belum dipilih ke Yanbu...Berusaha dan berdoalah...pasti suatu hari kita akan sampai ke sana juga, kalaupun bukan ke Yanbu...Kewajipan menunaikan haji tetap menjadi kefardhuan setiap dari kita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Macamana kau boleh terguris dengan gurauan Jais tu? Heran aku..
Post a Comment