Monday, July 11, 2011

Cepatnya masa berlalu

Malam ni dah start double coverage untuk start up plak. Rasanya belum hilang lagi penat shutdown tiba2 dah nak start up pulak. Semalam interstage cooler line terbakar lagi macam kes kat CR2 tahun lepas. Mujur takde siapa2 yang tercedera. Rasanya dah banyak kali Allah selamatkan kita semua. Oleh itu marilah kita sama2 berusaha elakkan kemurkaan Allah. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua....amin

Tuesday, July 5, 2011

Good Bye Turnaround Bonus.....

3 Julai 2011, hari ke 8 turnaround 2011 meleburkan impian semua yang terlibat untuk mengejar bonus turnaround apabila berlaku LTA kepada seorang pekerja kontrek yang terhempap control valve ketika sedang melakukan kerja-kerja meng'uninstallasi'. Kejadian dipercayai ada kaitan dengan 'kerakusan' pihak pengurusan yang mengarahkan agar kerja-kerja dipercepatkan supaya plant dapat di'start up'kan lebih awal dari yang dijadualkan. Semua pihak kelihatan seperti hilang tumpuan apabila mula mengabaikan faktor keselamatan dek mengejar schedule yang terlampau ketat. Walaubagaimanapun sehingga kini masih belum ada ura2 untuk mengadakan perhimpunan aman membantah keputusan syarikat.

Sunday, July 3, 2011

Maintenance Period

26 Jun 2011 CR 1 Selamat di shutdownkan. Seminggu telah berlalu meninggalkan keletihan yang teramat sangat. Kerja-kerja maintenance sedang rancak di jalankan. Dianggarkan 2 hingga 3 ribu orang sedang giat melaksanakan kerja2 servis, baik pulih dan modified line baru. Maklumat terkini pihak pengurusan mahu plant di 'start up'kan pada 16 Julai 2011 (sepatutnya 26 julai iaitu 10 hari lebih awal dari yang dirancang)....Arghhhh....bermakna kerja2 OATT juga akan bermula lebih awal...berjaya atau tidak perancangan ini???Allah lebih mengetahui. Semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.

Thursday, May 12, 2011

Sol dah jadik bapak!!!

10 mei 2011 lebih kurang jam 4 pagi solehan telah disahkan menjadi seorang bapa kepada seorang bayi perempuan yang telah selamat dilahirkan oleh isterinya di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Kegembiraan jelas terbayang di wajah pasangan ini walaupun azabnya isteri beliau yang tanggung sorang. Ternyata solehan seorang yang boleh berdikari apabila menguruskan sendiri kelahiran anak pertama ini dengan sabar dan yakin....Kami warga team A mengucapkan tahniah kepada Sol dan isteri di atas kurniaan Allah ini dan kami juga tumpang bergembira dengan kehadiran orang baru dalam hidup kalian berdua....Belum hilang lagi keseronokkan trip kenduri kawin kat Felda palong tempohari....diam tak diam dah dapat anak korang yer.....

Sunday, May 8, 2011

2P-220A

(gambar hiasan)
Pihak pengurusan telah memutuskan setiap shif team dipertanggungjawabkan memulihara setiap pam berkuasa tinggi di dalam plant. Bagi berus bagi cat dan mulakan operasi. Idea memang dah bagus, selain dari dapat mencantikkan pemandangan dalam kawasan kerja secara tak langsung menjadikan teknisyen individu yang bertanggungjawab dan sayangkan harta benda syarikat....tapi disebalik tabir...ternyata tak semudah apa yang disangka...dalam kes macam ni KESABARAN perlu sentiasa berada ditahap maksimum!!!!

Thursday, April 7, 2011

DOMESTIC INQUIRY

Hari ini satu detik bersejarah dalam kalender 2011 Team A, Seorang dari ahlinya telah dipanggil untuk sidang DI Lanjutan dari kejadian 'vapor realease' di 2T470 TPC2 pada Nov 2010. Turut dipanggil sebagai saksi ialah 2 orang ahli team A dan 2 orang pegawai atasan O&D. Proses DI dilakukan oleh 3 orang wakil jabatan bukan O&D dan 2 orang wakil dari jabatan HR. Proses soaljawab yang mengambil masa lebih kurang hampir 4 jam bagaimanapun belum ada keputusan dikeluarkan

Monday, March 21, 2011

Mission Completed

Kullah : "Siapa2 yang tak nak pergi Korea bulan Ogos ni....Sila bagitau aku....Aku volunteer nak ganti tempat korang!!! I love Korea!!!!" Razman & Ramzan : "No comment!!!" Nizam : "Menggigil seminggu tak jumpa tempe....Titan buang duit jer hantar aku ke Korea"

Thursday, January 6, 2011

RE UNION KITOL DAN EPUL

TEMPAT : RESTORAN D'RINTING JALAN BALAU TAMAN RINTING KEHADIRAN 17 ORANG (kepada yg tak datang kerana ada hal atau maklumat tak sampai pihak penganjur memohon jutaan ampun dan maaf)