Monday, July 11, 2011
Cepatnya masa berlalu
Malam ni dah start double coverage untuk start up plak. Rasanya belum hilang lagi penat shutdown tiba2 dah nak start up pulak. Semalam interstage cooler line terbakar lagi macam kes kat CR2 tahun lepas. Mujur takde siapa2 yang tercedera. Rasanya dah banyak kali Allah selamatkan kita semua. Oleh itu marilah kita sama2 berusaha elakkan kemurkaan Allah. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua....amin
Tuesday, July 5, 2011
Good Bye Turnaround Bonus.....
3 Julai 2011, hari ke 8 turnaround 2011 meleburkan impian semua yang terlibat untuk mengejar bonus turnaround apabila berlaku LTA kepada seorang pekerja kontrek yang terhempap control valve ketika sedang melakukan kerja-kerja meng'uninstallasi'. Kejadian dipercayai ada kaitan dengan 'kerakusan' pihak pengurusan yang mengarahkan agar kerja-kerja dipercepatkan supaya plant dapat di'start up'kan lebih awal dari yang dijadualkan. Semua pihak kelihatan seperti hilang tumpuan apabila mula mengabaikan faktor keselamatan dek mengejar schedule yang terlampau ketat. Walaubagaimanapun sehingga kini masih belum ada ura2 untuk mengadakan perhimpunan aman membantah keputusan syarikat.
Sunday, July 3, 2011
Maintenance Period
26 Jun 2011 CR 1 Selamat di shutdownkan. Seminggu telah berlalu meninggalkan keletihan yang teramat sangat. Kerja-kerja maintenance sedang rancak di jalankan. Dianggarkan 2 hingga 3 ribu orang sedang giat melaksanakan kerja2 servis, baik pulih dan modified line baru. Maklumat terkini pihak pengurusan mahu plant di 'start up'kan pada 16 Julai 2011 (sepatutnya 26 julai iaitu 10 hari lebih awal dari yang dirancang)....Arghhhh....bermakna kerja2 OATT juga akan bermula lebih awal...berjaya atau tidak perancangan ini???Allah lebih mengetahui. Semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.
Subscribe to:
Posts (Atom)