Scaffolding telah di'erect' di sana-sini, mobile crane hampir setiap hari mengangkut itu dan ini, 2 biji bundle puller dah beberapa hari menghadirkan dirinya betul2 didepan tecnician cabin,pekerja kontrek dah macam ulat taik. Syawal yang baru lepas 10 hari macam tak terasa dek bahang kesibukkan persediaan untuk event yang pastinya mencabar kesabaran semua orang. Hanya tinggal 11 hari je lagi kita semua akan dilanyak secukup-cukupnya dan antara yang terpenting adalah nak mengejar '1.0 month' month T/A bonus...Bagi semua yang terlibat pastikan anda membuat persediaan mental dan fizikal yang mencukupi kerana event ini pasti menjadi kenangan seumur hidup untuk disampaikan kepada generasi akan datang....
Monday, September 20, 2010
Thursday, September 9, 2010
Salam Eidulfitr....
Eid itu maknanya kembali manakala Fitr maknanya Fitrah...Eidulfitr bermaksud kembali kepada fitrah yang bersih dan suci dari dosa. Inilah hasil dari tarbiah Ramadhan supaya manusia kembali mengabdikan diri kepada Allah SWT dan meninggalkan perkara mungkar dan maksiat.
Setelah kita bersusah payah mengharungi Ramadhan adakah kita tergamak menghancurleburkan segala pengorbanan kita hanya dalam satu hari kita berhari raya?
Oleh itu sambutlah 'hari kemenangan' ini dengan jiwa yang bersih dan tawadduk...berjimat cermat dan jangan membazir...berhati-hati dijalanraya dan jangan emosi...banyakkan ziarah-menziarahi bukan asyik mengadap TV dan bermaaf-maafan dengan penuh keikhlasan.
Warga kerja TeamA.blogspot mengucapkan selamat Hari Raya Idulfitr kepada semua sahabat2 dimana jua anda berada.Maaf Zahir Batin.
Subscribe to:
Posts (Atom)