Friday, February 13, 2009
VSS oh VSS...
Maka tersebar luaslah ceritera TITAN PETCHEM menawarkan skim VSS keseluruh daerah Pasir Gudang. Dimana-mana orang sibuk bercerita... di kedai kopi, di restoran tomyam, ditaman2 perumahan semuanya berkisar perihal TITAN nak bagi VSS pada pekerja2nya.
Maka menjadi risau akan 'sesetengah pekerja'. Company dah nak bankrupt ke...sehingga tergamak menawarkan VSS? Atau takutkan si SABIC dan si BOROUGE? atau saje nak test power?atau...atau...atau. Oleh kerana dek terlalu banyak atau... maka tak senang duduklah 'sesetengah' orang ini...Macam mana kalau target VSS tu tak mencapai matlamat 20%? Macam mana kalau kena retrenchment? Macam mana kalau tak dpat kerja lain? Macam mana nak bayar Honda civic 2.0? bayar Rumah? bayar Anak2 sekolah? bayar...bayar...bayar....Adusssss...
Maka berbagai2 action plan dibuat oleh 'sesetengah' orang ini...selain dari kata2 untuk menyedapkan hati...hingga membuat sesetengah yang lain tak sedap hati, yang sebelum ini kerja shif nak dihantar normal dan yang kerja normal nak dimasukkan shif...semuanya bertujuan untuk menyelamatkan 'sesetengah' orang ini....tapi sebaliknya mongorbankan 'sesetengah' orang itu....adussss
Maka diam tak diam tinggal baki 3 hari nak 'surrender' borang keramat. Dengar cerita gerombolan maintenance dan instrument ramai yang dah hulur borang, geng terminal pun ada yang hulur...geng2 driver pun sama...cuma budak2 process jer takder bunyi apa2...diorang ni lebih suka tunggu dan lihat,untung sabut timbul untung batu tenggelam.
Maka mendengarlah nasihat penasihat jalanan...selagi company tak jual T210, T360, T540 kat kedai besi buruk....InsyaAllah panjang lagi umur sesetengah orang ini dan itu kat sini...kalaupun dia jadik jual besi buruk takkan kita tak dapat BONUS besi buruk? Pun begitu jangan la sampai 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'...sebab rumah orang moden dah tak pakai kelambu lagi. Kalau James Chao ada terbaca artikel ni...tolong jangan bakar kelambu ok!
Subscribe to:
Posts (Atom)