Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Ramadhan ditinggalkan dengan berat hati... Lantaran Syawal yang bakal menjelang... Bergembiralah dengan kesyukuran... Tanda kemenangan melawan hawa nafsu... Dengan harapan bakal bertemu Ramadhan 1430H Kami warga The A team mengucapkan... SALAM LEBARAN... Istimewa buat semua teman2 dan sahabat handai... Diatas semua keterlanjuran kata2 Hasad dengki...perangai buruk... Mana2 yang tersindir menghiris hati... Terkutuk terketuk angkara lidah2 tak ingat mati... Baryani kambing menjadi saksi... Tidak!!!tidak sekali-kali kami ingin menyakiti... Andai digolek-golek kambing golek... Kami pasrah apa yang telah terjadi... Kami yang kenyang...ada orang sakit hati... Maafkan kami...maapkan kami...maafkan kami... Zahir dan batin...

Sunday, September 14, 2008

AZALI,YUNOS,CHE DIN...'WE ALL LOVE U'

klik gambar utk kepuasan hati anda Nah!!! inilah antara berkat penghijrahan tuan2 semua... Kami pun dah dapat tempiasnya... walaupun hanya dapat tempias...tapi kira basah jugak le.. Kalaupun tak sama dengan apa yang kalian dapat kat YANSAB, PetroDAR Sudan...ni dah kira memadai...'786 syukur Alhamdulillahh'-Too Phat Kepada yang bakal berhijrah...duit ni kira boleh buat modal...

Sunday, September 7, 2008

Tak habis2 Panik!!!!

Khabar angin terus bertiup kencang....sorang lagi otai bakal meninggalkan team A. Menurut sumber2 yang boleh dipercayai, kemungkinan otai ni akan berhijrah ke KSA tak dapat disangkal lagi. Menurut sumber itu lagi, beliau akan meninggalkan TITAN CHEMICALS pada minggu ke 3 ramadhan 1429H (beberapa hari selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya merampas pemerintahan Malaysia daripada Pak Lah & The Gang). Dijangka suatu perhimpunan tanpa permit akan diadakan pada hari terakhir beliau bekerja di TITAN CHEMICALS. Tarikh dan masa akan diumumkan oleh pihak penganjur apabila berita ini dapat disahkan kesahihannya.

Saturday, September 6, 2008

Demam Asma Rojak kembali lagi

Kemeriahan menikmati asma rojak tatkala berbuka puasa di pantry CCR berulang kembali. Tradisi turun temurun yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini tetap menjadi pilihan utama majoriti peminat2 asma rojak. Walaupun ada usaha2 untuk 'menukarkan' menu utama itu ke juadah ala western dan ala middle east... tetapi ternyata usaha2 tersebut gagal malahan mengundang kemarahan peminat2 hardcore asma rojak ini... Bagi sahabat2 yang pernah merasai kemeriahan menikmati asma rojak di pantry CCR(khususnya yg dah berpindah ke timur tengah)...anggaplah berbuka puasa tanpa asma rojak pada tahun ini sebagai ujian menahan nafsu peringkat tertinggi. Lagipun kalau kami nak courier dari malaysia pun takut2 sangkut kat kastam KSA pulak!!!By the way kalau ada sahabat2 di KSA yang nak courier kan kurma nabi, kami semua sangat2 mengalu-alukan...maklumlah kat sini buah kelapa sawit banyak la.