Saturday, November 22, 2008

FRIENDLY MATCH?????

Ganas, kejam dan sadis....itulah kesimpulan daripada perlawanan persahabatan Futsal diantara team A dan Team D di U5 Tmn Rinting pada 20 Nov 2008 jam 9mlm. Walaupun keputusan rasminya dimenangi oleh team A sebagai pasukan pelawat, ternyata aksi2 aksi ganas beberapa orang pemain tuan rumah telah sedikit mengganggu kelancaran dan emosi pemain2 team A. Pemain muda yg ingin dikenali sebagai Fabregas terpaksa 'diusung' keluar court setelah diberikan hentakan ala 'american football' oleh seorang pemain bertubuh 'gedabak' team D. Ketika ditemui selepas pertarungan itu Fabregas dengan ringkas merumuskan game ini sebagai takde 'prinsip dan ganas'. Walau bagaimanapun permainan menjadi 'cool' selepas kehadiran pemain veteran dari Bahrain yang kemudian 'control the game' menyebabkan seorang demi seorang pemain Team D 'menghilangkan diri'. Apakah selepas ini team D akan terus sombong dan bongkak dengan kehebatan mereka 'membelasah' pemain2 lawan? Kita nantikan perlawanan balas dendam(mesti diorang tak puas hati punya....) yang akan datang. Just set up the date and place.We'll be there!!! Pasukan kami dengan senangnya meratah dream team D macam ayam golek kat taman Pasir Putih. Penjaga gawang Team A, Awie Cassilas menyatakan perlawanan itu amat membosankan kerana tiada satu pun serangan yang merbahaya di buat. "Lebih baik aku lepak kat rumah dengan anak bini, malam jumaat lak tu". Penjaga gawang team D menyatakan bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai penjaga gawang kerana amat malu disebabkan banyaknya jaringan diboloskan sambil menyatakan bahawa team A terlalu tinggi standardnya dan tidak selayaknya mereka melawan pasukan seperti itu. Kepada pasukan yang berminat untuk menentang pasukan kami haruslah menewaskan Team D dahulu barulah pasang hajat untuk menentang team kami. Dan bolehlah berhubung dengan pengurus pasukan Encik Hafiz Jaafar aka Fibregas. Tetapi pastikan cukup training kalau tidak jadi macam team D. Maluuuu beb.... Dan pastikan tukang kira mestilah pemegang Ijazah sebab banyaknya gol yang akan dijaringkan oleh pasukan kami. Jangan jadi macam team D, banyak gol kami tidak dikira sebab tukang kira lemau...

Sunday, November 9, 2008

YANBU....dipilih atau memilih?

gambar ehsan walangkopo.blogspot.com Saban hari bertambah ramai sahabat2 kita yang menjejakkan kaki ke tanah kelahiran junjungan besar Nabi S.A.W. Samada ke Yanbu, Madinah atau Mekah, semuanya bergantung pada nawaitu masing2. Hadis 'setiap amalan bermula dengan niat' boleh dijadikan panduan kepada setiap individu yang nak berhijrah. Peluang berbual panjang dengan saudara Majid (ex-team A...we miss u everytime we heard suara azan dari surau CCR) sebentar tadi telah merungkaikan beberapa kekusutan. Dari kisah 3 sahabat yang 'tertinggal' flight sampailah ke isu video klip kontroversi tajaan walangkopo.blogspot.com Beliau dengan panjang lebar menerangkan realiti sebenar, dilemma dan hikmah disepanjang penghijrahan beliau dan sahabat2 ke KSA. Kisah sahabat2 yang bertemu dengan makna sebenar hijrah, Maha suci Allah yang memberi hidayah dan taufik kepada hamba-hambanya. Ketahuilah sahabat2 sekalian...Tuan-tuan sebenarnya telah dipilih oleh Allah dan bukan sekadar memilih untuk mengaut keuntungan dunia semata. Pada sesi perbualan telefon itu beliau turut memperbetulkan persepsi buruk aku tentang sahabatku Jais MD, yang kusangkakan telah tersasar dari matlamat asalnya (sorry buddy...kenangan vios dan vcd ust. Azhar Idrus tetap terpahat...i know who u are) apabila beliau menerbitkan video klip kontroversi tersebut. Memang ramai yang terguris hati menonton video tersebut, termasuk aku...Allah sahaja yang tahu niat sebenar didalam benakmu. Bagi yang belum dipilih ke Yanbu...Berusaha dan berdoalah...pasti suatu hari kita akan sampai ke sana juga, kalaupun bukan ke Yanbu...Kewajipan menunaikan haji tetap menjadi kefardhuan setiap dari kita...

Monday, October 13, 2008

KISAH GULA-GULA

Maka berbondong-bondonglah orang2 TITAN menurunkan tandatangan. Masing-masing tersenyum lebar...mula memasang angan-angan. Bagi yang tak berpeluang nampaknya terpaksalah tunggu next 'cabutan bertuah'. Tak pelah...mungkin bukan rezeki korang lagi. Bukan takat budak process jer, geng2 engineer yg tak ingat nak berenti tu pun sibuk ambik bahagian...Dah rezeki depa nak buat camner! Begitulah kisah gula-gula TITAN. Tapi kali ni bukan gula-gula biasa... Diorang bagi Gula-gula getah(chewing gum) pulak!!!

Wednesday, October 8, 2008

SIRIH PULANG KE GAGANG

Bak sirih pulang ke gagang...Team A kembali ceria menerima kembali kepulangan Ass. De FActo Leadernya Hari ini. Setelah hampir 3 bulan berada di team C...akhirnya beliau 'dihantar' balik ke team A apabila difahamkan ahli2 dalam team C yang tak boleh nak handle 'gurau kasar' mamat ni. Kemunculanya disambut dengan hilai ketawa dan tepukan guruh gemuruh. Lebih istimewa majlis sambutan tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Senior VP...mr. Vee. Antara kata2 keramat mr. Vee pada majlis gilang gemilang itu ialah..."Jangan takut...Sign jerrr". Sehingga tengah malam tadi...Bahrin masih berkira-kira...sign?...tak sign?...sign?...tak sign?

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Ramadhan ditinggalkan dengan berat hati... Lantaran Syawal yang bakal menjelang... Bergembiralah dengan kesyukuran... Tanda kemenangan melawan hawa nafsu... Dengan harapan bakal bertemu Ramadhan 1430H Kami warga The A team mengucapkan... SALAM LEBARAN... Istimewa buat semua teman2 dan sahabat handai... Diatas semua keterlanjuran kata2 Hasad dengki...perangai buruk... Mana2 yang tersindir menghiris hati... Terkutuk terketuk angkara lidah2 tak ingat mati... Baryani kambing menjadi saksi... Tidak!!!tidak sekali-kali kami ingin menyakiti... Andai digolek-golek kambing golek... Kami pasrah apa yang telah terjadi... Kami yang kenyang...ada orang sakit hati... Maafkan kami...maapkan kami...maafkan kami... Zahir dan batin...

Sunday, September 14, 2008

AZALI,YUNOS,CHE DIN...'WE ALL LOVE U'

klik gambar utk kepuasan hati anda Nah!!! inilah antara berkat penghijrahan tuan2 semua... Kami pun dah dapat tempiasnya... walaupun hanya dapat tempias...tapi kira basah jugak le.. Kalaupun tak sama dengan apa yang kalian dapat kat YANSAB, PetroDAR Sudan...ni dah kira memadai...'786 syukur Alhamdulillahh'-Too Phat Kepada yang bakal berhijrah...duit ni kira boleh buat modal...

Sunday, September 7, 2008

Tak habis2 Panik!!!!

Khabar angin terus bertiup kencang....sorang lagi otai bakal meninggalkan team A. Menurut sumber2 yang boleh dipercayai, kemungkinan otai ni akan berhijrah ke KSA tak dapat disangkal lagi. Menurut sumber itu lagi, beliau akan meninggalkan TITAN CHEMICALS pada minggu ke 3 ramadhan 1429H (beberapa hari selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya merampas pemerintahan Malaysia daripada Pak Lah & The Gang). Dijangka suatu perhimpunan tanpa permit akan diadakan pada hari terakhir beliau bekerja di TITAN CHEMICALS. Tarikh dan masa akan diumumkan oleh pihak penganjur apabila berita ini dapat disahkan kesahihannya.

Saturday, September 6, 2008

Demam Asma Rojak kembali lagi

Kemeriahan menikmati asma rojak tatkala berbuka puasa di pantry CCR berulang kembali. Tradisi turun temurun yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini tetap menjadi pilihan utama majoriti peminat2 asma rojak. Walaupun ada usaha2 untuk 'menukarkan' menu utama itu ke juadah ala western dan ala middle east... tetapi ternyata usaha2 tersebut gagal malahan mengundang kemarahan peminat2 hardcore asma rojak ini... Bagi sahabat2 yang pernah merasai kemeriahan menikmati asma rojak di pantry CCR(khususnya yg dah berpindah ke timur tengah)...anggaplah berbuka puasa tanpa asma rojak pada tahun ini sebagai ujian menahan nafsu peringkat tertinggi. Lagipun kalau kami nak courier dari malaysia pun takut2 sangkut kat kastam KSA pulak!!!By the way kalau ada sahabat2 di KSA yang nak courier kan kurma nabi, kami semua sangat2 mengalu-alukan...maklumlah kat sini buah kelapa sawit banyak la.