Friday, May 7, 2010
Majlis Kesyukuran
Salam..
Adalah dengan ini saya wakil kepada saudara Hisham Jawa ingin menjemput anda semua ke majlis kesyukuran pada :
Tarikh : 09 Mei 2010
Masa : Pukul 2 hingga 4 petang ( Selepas pukul 4 tiada di rumah atas sebab hal penting )
Alamat : No 20, Jalan Jasa 17, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai Johor.
Diharapkan dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis.
Peta Lokasi :
Saturday, April 24, 2010
Monday, April 5, 2010
We all love u
Salam ingatan buat semua sahabat-sahabat yang berada diseluruk pelusuk dunia...Selagi nyawa di kandung badan...kenangan terindah bersama kalian tetap dalam ingatan...Kami doakan kalian semua berjaya dalam memburu apa yang diimpikan...namun begitu jangan dilupa bahawa dunia ini adalah tumpangan semata-mata, akhirat jualah yang kekal selama-lamanya...
Thursday, March 11, 2010
Nur Ilyana Irdina
Inilah dia wajah bayi comel, puteri kepada pasangan Norul Hisam a.k.a Mat Ise dan isterinya yang buat pertama kali bergelar Ayah dan Ibu. Mrs. Mat Ise telah selamat melahirkan bayi seberat 2.95kg ini pada dinihari 6 Mac 2010 . Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Berkat dari kesabaran dan doa yang berpanjangan kalian berdua akhirnya Allah telah mengurniakan permata yang sangat berharga ini.
Monday, February 22, 2010
Selamat Pengantin Baru
Blog team A mengucapkan selamat pengantin baru kepada saudara Jamal Fikri dan isterinya puan Natrah yang selamat diijabkabulkan pada malam 20hb Februari 2010. Semoga ikatan suami isteri ini sentiasa didalam rahmat dan diberkati Allah swt. Kepada kawan2 yang ada kelapangan marilah kita beramai-ramai memeriahkan majlis di rumah pengantin lelaki di Pekan, Pahang pada 27hb Februari 2010. Kepada En. Jamal...Umur dah makin meningkat...takde masa nak merancang keluarga...cepat2 dapat zuriat...untuk kesenangan di hari tua...
Saturday, February 6, 2010
Mimpi Ngeri!!!
Monday, February 1, 2010
Tempoh bertenang...
Seminggu dua ni kecoh kawan2 kat Titan tentang isu panas pemberian bonus. Minggu lepas kecoh pasal Titan tak keluarkan pengumuman tentang annual bonus. Minggu ni pulak isu itu masih lagi panas walaupun gaji dah masuk tetap juga Titan tak umumkan secara terbuka dalam intranet. Blogmaster tak nak cerita pasal isu bonus Titan kat sini sebab tak nak mengguris hati sesiapa. Ada sorang sahabat tu kata, bini dia pun tak tau dia dapat bonus ke tak...sebab dia tak sampai hati nak bagitau bini dia...kesian bini dia....Tak per la bro...susah sama susah...senang sama senang....bagitau jer kat dia...then sabar jer la apa yang nak jadik lepas tu ...kah... kah ... kah...
Masih lagi related dengan isu bonus ...Warung PAk Ali pun jadi suram jer...hanya 2~3 kerat penunggu setia yg masih sarap kat situ...kalau sebelum ni warung pak ali ni la paling top...tapi sejak gaji hari tu...toke warung pun heran kenapa dah tak ramai datang TT(pinjam ayat founder PMC) kat warung dia.(Tak percaya tengok gamba diatas...beberapa org je ahli Team A yg baru balik keje malam...mana peginya oden,mat ise, apis arab dan yg lain2....merajuk kot?...kah...kah...kah...
By the way...thanks to sapari yang sponsor sarapan pagi tadi, at least duit gaji kami bulan ni tak la rasa luak sangat...kah...kah...kah....
nota:
Kisah di atas adalah kisah benar walaupun ada unsur2 jenaka.
Kepada semua bini2 bersabarlah dengan ujian ini...sesungguhnya suami2 kalian penat bekerja siang dan malam...kah...kah...kah...
Wednesday, January 13, 2010
Welcome Back Buddy!!!
Blog Team A mengucapkan selamat menyambung tugas
kepada saudara Zulfadli...Sesungguhnya apa yang ditentukan Allah itu lebih baik dari apa yang kita rancangkan. Yakin bahawa rezeki itu telah di tentukan oleh Allah buat setiap hambanya, so tak payah nak risau kat mana kita berdiri...selagi ada nyawa selagi itulah ada rezeki untuk kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)









