Monday, August 10, 2009

IKLAN JAWATAN KOSONG

Semenjak dua menjak ni banyak kerja kosong datang dari middle east...hinggakan banyak kerja kosong yang terpaksa diwujudkan di TITAN ni. Baru2 ni ramai budak instrumenn yang ca alif but dari TITAN yang meninggalkan trauma yang amat mendalam kepada beberapa kerat budak2 teknisyen instrumen yang masih tertinggal kat sini...mana taknya satu hari kena panjat 2~3 biji tower setinggi 70 hingga 80 meter..."perghhh rasa nak tercabut lutut bro" kata Zul (bukan nama sebenar) salah seorang teknisyen instrumen yang teraniaya...So kepada brader2 yang kat luar sana, yang tengah sibuk nak carik kerja(selepas kecewa kerana tak dapat keje kat middle east)boleh lah mencuba nasib kat sini.
Klik disini untuk maklumat lanjut. Selamat mencuba!!!( Mesej ini adalah ikhsan dari team A...James Chao tak bayar apa2 pun)

Thursday, August 6, 2009

Lorong Puaka

Posting kali ni aku saja nak kembalikan nostalgia member2 ex titan yang dah berjaya di mana-mana seluruh pelusuk dunia. Engkorang ingat lagi tak gambar ni? Aku pun tak tau macam mana gambar ni bole di seludup keluar,tapi itu tak penting yang penting kisah disebalik gambar ini. Kira-kira jam 0100 hrs sekitar ogos 2003, nun di hujung sana nizam tengah sibuk dengan 'bom'nya mengutip sampel C2 ngan C3 product. Dengan ear plug yang tersumbat mampat ditelinga, kerja2 mengutip sampel dilakukan sepantas yang mungkin tanpa menoleh kiri dan kanan. Time2 macamni bulu roma memang meremang, maklumlah malam jumaat keliwon...tiba-tiba...TANG!!!...satu bunyi hentakan yang kuat disusuli bunyi...trang!!..tang!...tang...dan terus terhenti..."laa...bunyi steam hammering rupanya"...dalam keadaan masih terperanjat...cepat2 ambik bom dan terus berkayuh ke lab. Di sebelah kiri lorong ini cecair caustic dah banyak melimpah ke lantai...hafiz adam pulak tengah sibuk mencuci lantai membersihkan caustic yang baunya macam tungkik. Baju pun dah melekat bau caustic...macammana nak bawak bas malam ni?"Takpe kalau tak boleh bawak bas Transnasional, naik bas E366 pun ok gak" bisik hafiz sambil terus menyimbah air ke lantai. Begitulah antara 'Kisah dalam gambar' yang menyimpan seribu kenangan bagi setiap insan yang pernah menjadi 'penuggu' tempat ini. Mungkin anda juga ada kisah2 tragis suka duka apabila menatap foto ini. (Hafiz adam sekarang sedang berkhidmat ditengah lautan mencarigali minyak manakala nizam masih didalam gambar ini memproses minyak yang digali hafis. Kepada hafis, nizam dan yang seangkatan dengannya... 'kenangan bersamamu' adalah 'kenangan mengusik jiwa'....)

Monday, August 3, 2009

Yassin 3 kali malam Nisfu Syaaban

Ingat tak masa kecik2 dulu, bila tiba malam nisfu syaaban masjid2 dan surau2 tak kira kat kampung atau bandar pasti akan mengadakan majlis bacaan yassin sebanyak 3 round. Masa tu kita budak-budak ni bukan nak baca Yassin sangat tapi yang penting nak melantak nasi ambeng. So terpaksa la tunggu sejam dua bapak-bapak kitorang ni menghabiskan 3 round bacaaan Yassin ni. Beberapa tahun lepas tu...ada tempat2 yang tak baca 3 round lagi tapi cukup sekadar satu round...agaknya kesian tengok budak2 masing-masing dah kebulur. Mutahkhir ini banyak jugak masjid2 dan surau2 yang dah tak buat langsung majlis ni. Kenapa yer?...Diorang dah malas nak baca Yassin ker atau dah takde bajet nak buat nasi ambeng atau kebetulan malam tu ada Akedemi Fantasia? Kalau nak tau kenapa jadik macam tu...sila klik disini untuk mendengar penjelasan dari guru kami Al Fadil Ustaz Mat Esa

Sunday, August 2, 2009

Perhatian kepada para Dermawan!!!

Sukacita dimaklumkan seketariat Badan Amal team A ingin menyeru kepada para dermawan yang bermurah hati untuk mendermakan pakaian baru @ terpakai yang akan disumbangkan kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan di sekitar Pasir Gudang. Program yang dirancang ini diharapkan dapat dilaksanakan seberapa segera yang mungkin memandangkan Hari Raya Idul Fitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik ini. Disamping itu kedatangan Ramadhan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh para dermawan untuk mendapatkan kelebihan pahala bersedekah yang berlipat ganda. Pihak penganjur juga ingin meminta kerjasama daripada penderma-penderma agar melakukan perkara-perkara berikut sebelum menyerahkan sumbangan tuan-tuan ; 1. Pastikan pakaian terpakai dalam keadaan bersih (telah dicuci terlebih dahulu dan kalau tak larat hantar je ke dobi) 2. Asingkan pakaian baru(jika ada) dan terpakai dan hendaklah dilabelkan (pakaian baru(jika ada) akan diserahkan kepada mereka2 yang langsung tak mampu nak beli baju raya) 3. Lipat pakaian tersebut dan disusun dengan kemas di dalam KOTAK sahaja (Jangan isi dalam beg plastik sampah atau dibungkus dengan surat khabar lama atau suruh je makcik dobi tu tolong lipatkan dan masukkan dalam kotak) 4. Pakaian lama yang agak lusuh juga diterima dengan syarat telah dicuci dan diasingkan bungkusannya (Pakaian ni kalau diorang tak nak pakai, boleh dibuat lap kaki atau kain buruk) (kerjasama tuan-tuan sangat diperlukan untuk menunjukkan keikhlasan kita menderma) Klik disini untuk "Kehebatan Bersedekah" oleh Guru kami Al Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman Sumbangan tuan-tuan (yang telah memenuhi kriteria di atas) boleh lah diserahkan kepada pengerusi Badan Amal Team A, En Aqromah dengan menghubungi talian 07-2538746 atau 0126435001

Friday, July 31, 2009

Membendung musibah wabak selsema babi

Begitulah tajuk khutbah jumaat hari ini. Menurut khatib sehingga hari ini sudah ada 4 kes kematian yang dilaporkan di negara ini semenjak wabak ini dikesan. Selain daripada menjelaskan simpton2 yang menyerang pengidap penyakit ini, khatib juga berpesan kepada setiap individu yang pekerjaannya terdedah kepada virus selsema babi ini agar sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan dijangkiti virus ini. Natijah dari musibah ini,menurut pak khotib, tidak kira samaada apa jua jenis bencana, malapetaka, kehilangan harta benda, kelaparan dan sebagainya adalah balasan dari Allah terhadap kezaliman tangan2 manusia itu sendiri. Oleh itu sebagai seorang yang beriman, ingatlah bahawa kita bertanggung jawab di atas segala perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah taala. Yang aku heran ni...apa pasal manusia yang ramai mati, padahal babi tu yang kena selsema? Kan lebih baik kita bagi obat kat babi2 yang kena selsema sebab selsema tu babi yang punya? Teringat pulak kata2 guru kami, sekiranya babi itu diberi makanan yang bersih, tempat tinggal yang bersih dan dijaga dengan rapi nescaya tidak dapat merubah ke'haram'an menatang bernama babi ini. On the way balik dari masjid, terserempak pulak aku dengan sepasang couple dengan muka tak malu baru keluar 'beriadah' di Taman Rekreasi Bukit Dahlia. Apa yang diorang buat dalam tu diwaktu umat islam solat jumaat? Entahlah apa nak jadik...Inilah antara penyebab kepada kemurkaan Allah....So sama-samalah kita berdoa dijauhkan dari malapetaka dan bencana di bumi Pasir Gudang ini....amin. Khutbah Jumaat di Masjid An Nur Komplek Pusat Bandar Pasir Gudang

Thursday, July 30, 2009

Hukum mencium tangan orang yang soleh

Maka telah berkata guru kami....Al Fadil Ustaz Mat Esa... Adalah disunatkan kita mencium tangan para alim ulama’ demikian juga kedua ibubapa kita. Perbuatan ini untuk menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang kepada mereka. klik disini untuk baca selanjutnya

Wednesday, July 29, 2009

Kisah 'one half month'

Maka bertepuk tanganlah seluruh hadirin yang ikut serta Town Hall meeting petang tadi tatkala Mr. Warren welder mengumumkan bonus 'one half month' kesan dari keuntungan syarikat pada 2nd quarter 2009. Wow!!! bonos sebulan setengah!!! Ada yang sengih memanjang kerana dapat berkongsi nikmat keuntungan syarikat,ada yang terpinga-pinga tak faham jalan cerita dan tak kurang juga ada yang tercengang macam tak percaya. Dek kerana terlalu gembira, terpinga-pinga dan tercengang maka tiada seorang pun rakyat jelata yang nak bertanya soalan tatkala sesi soal jawab dibuka, lantas dengan pantas pihak penganjur menamatkan town hall meeting sambil warren si welder tersengih-singai bersalaman dengan beberapa rakyat jelata dan terus hilang entah ke mana. Sejurus selepas itu maka terdengarlah bunyi hingar bingar laksana langau menghurung najis. Keseronokan bonus 'one half month' tiba-tiba bertukar menjadi bengong umpama 'hidangan telah terhidang tapi boleh ambik bau jer' apabila beberapa orang pakar bahasa menjelaskan...'one half month' bukannya 'one and a half month'(maksudnya setengah bulan bukan satu setengah bulan). Perghhh!!!! Patutlah ada yang tercengang!!! Yang gembira sakan pulak jenis american-javanes dan yang terpinga-pinga rasa lega sebab tak paham sepatah haram dari awal. Hidup-hidup satu TITAN kene tipu(sebenarnya bukan kena tipu...ini lah akibatnya kalau tolak PPSMI).Anyway kita patut bersyukur, daripada takde langsung ye tak? Walaupun tak dapat pegi middle east at least dapat PSR, Yang tak dapat PSR at least dapat kerje kat TITAN dan pakai VIOS,HONDA CITY,SUZUKI SWIFT. Yang teruknya tu dah la dapat PSR tapi masih pakai Iswara buruk so tak reti-reti nak contact Think-Plus!!!

Friday, July 24, 2009

Rejab, Syaaban, Ramadhan

Kepada yang tak dapat gi solat jumaat atau sengaja tak pegi atau malas nak pegi atau tak sempat nak pegi atau apapun alasannya, ketahuilah bahawa hukum pegi solat jumaat hanyalah fardhu ain je...bukan fardhu kifayah macam solat jenazah orang lain dah buat kita tak payah. Dibawah ini ditulis sedikit sinopsis isi kandungan khutbah yang sempat dirakam dalam kepala hotak moderator blog ini(yang kebetulan cukup tidor sebelum ke masjid) tentang kelebihan dan keistimewaan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan untuk peringatan kita bersama. Keistimewaan bulan Rejab dengan Isra' Mikraj, bulan Syaaban dengan nisfu syaabannya dan bulan Ramadhan dengan kelebihan malam lailutqadar. Selain dari itu terdapat banyak kelebihan melakukan amalan2 seperti puasa sunat pada bulan2 di atas selain puasa wajib pada bulan Ramadhan. Mimbar jumaat hari ini sebenarnya mahu mengingatkan kita tentang kedatangan ramadhan yang tak berapa lama lagi dan secara tak langsung menyarankan kita bersiap sedia menyambut kedatangannya dan berdoa semoga dipertemukan dengan Ramadhan 1430H yang tinggal lebih kurang sebulan je lagi. Sayugia diingatkan kepada teman2 yang dah kemaruk nak apply cuti raya tu...beringat-ingatlah sikit...yang patut kita fokus sekarang ialah bulan Ramadhan yang didalamnya terkandung berbagai kelebihan dan sebagai pusat latihan ketaqwaan setiap muslimin dan muslimat. Kepada yang belum ganti puasa ramadhan 1429H yang lepas...anda ada lebih kurang sebulan untuk cover balik....ganti...jangan tak ganti oiii!!! Khutbah Jumaat, 24 Julai 2009, Masjid Politeknik JB, Pasir Gudang Johor. p/s; Bila la agaknya TITAN nak buat 'in plant solat Jumaat' macam kat YANSAB eekkk...