Thursday, July 23, 2009

PEMBERITAHUAN ORANG HILANG!!!!

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kehilangan pemuda di atas(gambar) sila hubungi seketariat team A. Beliau dilihat kali terakhir selepas solat maghrib berjemaah di surau TITAN PETCHEM pada 20 julai 2009, menurut Abang Z, salah seorg jemaah yang sama2 bersolat dengannya. Terdahulu dari itu beliau baru saja menghadiri majlis jamuan penghargaan tajaan mr Vee, dilihat begitu sugul kemungkinan terlalu sedih dengan keputusan mr. Vee untuk meninggalkan TITAN. Pemuda ini yang dikenali sebagai TIKOL, dilaporkan tidak datang bertugas semalam menimbulkan keresahan dikalangan teman-teman setugasnya. Berbagai spekulasi kedengaran antaranya adakah beliau ditahan ISA atau diculik oleh makhluk asing(UFO) atau terlalu sedih kerana VPnya akan berhenti kerja ataupun beliau sendiri ada mempunyai agenda tersendiri, masih menjadi tandatanya rakan2 setugas. Lebih membimbangkan beliau juga sudah beberapa hari dilaporkan tidak 'menjelma' di laman sembang Yahoo Messenger(YM) yang mana sebelum ini beliau menjadi penunggu tetap laman ini. Sekiranya sehingga isnin depan(sehari selepas bayaran gaji bulan Julai),beliau masih gagal dijejaki kami seketariat team A tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kes kehilangan ini ke Pejabat SUHAKAM cawangan Ruwais. Oleh itu,seandainya pemuda ini ada membaca berita ini atau kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang pemuda ini, sila hubungi pihak seketariat team A segera. (Kepada pemuda ini...'kehilangan' anda menyebabkan beberapa pemandu bas ekspress senandung malam ditahan pihak berkuasa JPJ malam tadi....he...he...he...jangan mare)

Wednesday, July 22, 2009

JANGAN PANDANG BELAKANG.....

"Bukan jamuan Farewell tapi penghargaan kepada teman2 yang telah membantu kerjaya beliau di TITAN". Itulah antara penjelasan mr. Vee ketika ditanya keputusan beliau untuk meninggalkan TITAN dan mencuba nasib di tempat baru(somewhere in pantai timur). Beliau juga menyatakan ini merupakan peluangnya untuk meng'upgrade'kan kerjayanya ke tahap tertinggi dan bukannya mengejar wang ringgit sebagaimana menjadi impian orang lain apabila berhijrah ketempat baru (memang kami nak gaji besar...sebab agak mustahil kami boleh jadi VP!!!).Beliau yang akan meninggalkan TITAN pada 5 Ogos ini merupakan rentetan kesinambungan kehilangan besar kepada TITAN khususnya O&A selepas 'Penghijrahan besar-besaran 2008' tokoh2 utama O&A (formerly known as TPC) seperti Azali, Yunos, Lobo (sekadar menyebut beberapa nama) yang telah berjaya mencipta nama di YANSAB.Ketika ditanya soalan tambahan tentang khabar angin akan berlaku 'sesuatu' pada 28 julai 2009 beliau mengesahkan perkara itu dan sama2 menantikan apakah yang akan di'announcement'kan oleh pihak syarikat. Selamat Maju Jaya kepada Mr. Vee dan terima kasih kerana belanja makan. Kepada teman2 yang masih setia di TITAN, jadikanlah 'jamuan penghargaan' ini suatu pengajaran dan halatuju kita menjelang PRU ke 13.

Monday, July 13, 2009

Sahabat sejati beri manfaat dunia, akhirat

PERUMPAMAAN Melayu menyatakan 'sahabat baik umpama pohon rendang' membawa maksud rakan karib sanggup bersama ketika susah dan memberi bantuan tanpa mengira masa atau keadaan. Justeru, Islam sentiasa menasihatkan umatnya berhati-hati memilih sahabat bagi mengelak berkawan dengan mereka yang membawa kemungkaran. Sifat perlu ada pada seseorang yang ingin kita jadikan sahabat bolehlah dicontohi daripada wasiat al-Qamah kepada anaknya. Katanya: "Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu. . "Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya. "Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu. "Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia sukar membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu. "

Sunday, June 21, 2009

Bahrin 'open table' kat Kedai Pak Ali

Suasana sarapan pagi yang disponsori oleh Bahrin. Kelihatan Pak Ali begitu ceria melayan tetamu2. Tetamu2 mengambil kesempatan 'melantak' sepuas-puasnya...makan free dol!!! Hidup Bahrin!!!Walaupun Bahrin takde dalam majlis ini...tetapi roh dan semangatnya tetap dirasai oleh sahabat2 yang pernah sama2 mengeteh disini. Terima Kasih kerana menaja makan free ini, semoga saudara Bahrin terus suksess. Selamat pulang ke tanah air pada 27 jun akan datang. Kami semua menantimu untuk "Open Table Kat Kedai Pak Ali-Part 2"

Thursday, June 11, 2009

Ziarah JMD

Malam tadi kami mewakili gerombolan team A diketuai Anwar Misran, menziarahi sahabat lama kami saudara Jais yang dikhabarkan sedang gering. Terkejut jugak kami ketika pertama kali melihat keadaan fizikal beliau yang agak kurus. Beliau baru sahaja di'lepas'kan oleh hospital pakar putri untuk balik berehat dirumah. Banyak jugak benda yang disembangkan...darihal penyakit sampaila tentang suasana keje kat yanbu. Kepada saudara Jais dan keluarga...banyak2 bersabar dan berdoa.Kami semua dari gerombolan team A mendoakan semoga saudara Jais dijauhkan dari penyakit 'yang pelik2' dan cepat sembuh dan seterusnya meneruskan kehidupan seperti biasa....amin... Kepada sahabat2 yang mengenali beliau...boleh la luangkan masa menziarahi beliau dirumahnya...sementara beliau dapat cuti panjang ni.

Saturday, April 18, 2009

SAH!!! BAHRIN DAH BERHENTI KERJA!

Kekusutan akhirnya terjawab apabila telah beberapa hari brother Bahrin tak datang kerja.SAH BAHRIN DAH BERHENTI KERJA!!!!. Bermula dari kabar angin beliau ada menyerahkan resignation letter sehinggalah kini dah beberapa hari tak masuk kerja shif, maka segala khabar angin akhirnya telah menjadi kenyataan. Bagi sesetengah orang yang macam tak percaya dengan keputusan yang telah beliau buat, sesungguhnya ini semua adalah ketentuan Allah taala. Persoalan kenapa baru sekarang dan bukannya setahun yang lalu keputusan berhijrah ini diambil, semuanya mungkin telah ada dalam perancangan beliau sendiri. Pada kesempatan ini, kami warga team A ingin mnegucapkan selamat maju jaya kepada brother Bahrin. Semoga beliau menemukan apa yang dicari dan dihajati dengan penghijrahan ini. Kami juga memohon ribuan ampun dan maaf diatas keterlanjuran kata dan tingkah laku samada sengaja atau tak sengaja. kah...kah...kah...Berenti keje jugak kau akhirnya Bahrin.... kah... kah...kah...Nampaknya TITAN kerugian sorang lagi specialist.... kah... kah...kah...Titan tak buat counter offer ke?...kah...kah...kah... Nampaknya TITAN terpaksa panggil balik Peng Yu Kun & Huang...kah...kah...kah...Dengar cerita bulan ni tak der gaji?...kah...kah...kah...Duit tu Woon nak buat bayar OT Peng ngan Huang kot....kah...kah...kah...Nasib...nasibbb...Inilah namanya company yang tak kenang jasa pekerja....kah...kah...kah

Tuesday, March 10, 2009

TERKINI!!!! JOM START PLANT!

Sehingga laporan ini ditulis,C300 hanya tunggu nak buat alignment. Orang Jerman, orang jepun didatangkan khas untuk baiki semula 'kerosakan yang belum pernah terjadi' pada nadi cracker plant ini. InsyaAllah kalau semuanya berjalan lancar, sehari dua lagi dah boleh dapat production balik. Dengar cerita buat masa ni TITAN PETCHEM jer yang bertungkus lumus produce ethylene (plant lain semua shutdown dan banyak lagi yang belum start up). TPC 1 tripped pada 5 mac 2009 lebih kurang jam 3 pagi waktu malaysia, 3 hari selepas senarai nama pekerja2 yang layak dapat VSS diumumkan. Dengar cerita jumlahnya tak mencapai target! Nampaknya kena tunggu retrenchment list pulak lepas ni. Harap2 takder lagi Cracker plant yang trip lepas ni...

Friday, February 13, 2009

VSS oh VSS...

Maka tersebar luaslah ceritera TITAN PETCHEM menawarkan skim VSS keseluruh daerah Pasir Gudang. Dimana-mana orang sibuk bercerita... di kedai kopi, di restoran tomyam, ditaman2 perumahan semuanya berkisar perihal TITAN nak bagi VSS pada pekerja2nya. Maka menjadi risau akan 'sesetengah pekerja'. Company dah nak bankrupt ke...sehingga tergamak menawarkan VSS? Atau takutkan si SABIC dan si BOROUGE? atau saje nak test power?atau...atau...atau. Oleh kerana dek terlalu banyak atau... maka tak senang duduklah 'sesetengah' orang ini...Macam mana kalau target VSS tu tak mencapai matlamat 20%? Macam mana kalau kena retrenchment? Macam mana kalau tak dpat kerja lain? Macam mana nak bayar Honda civic 2.0? bayar Rumah? bayar Anak2 sekolah? bayar...bayar...bayar....Adusssss... Maka berbagai2 action plan dibuat oleh 'sesetengah' orang ini...selain dari kata2 untuk menyedapkan hati...hingga membuat sesetengah yang lain tak sedap hati, yang sebelum ini kerja shif nak dihantar normal dan yang kerja normal nak dimasukkan shif...semuanya bertujuan untuk menyelamatkan 'sesetengah' orang ini....tapi sebaliknya mongorbankan 'sesetengah' orang itu....adussss Maka diam tak diam tinggal baki 3 hari nak 'surrender' borang keramat. Dengar cerita gerombolan maintenance dan instrument ramai yang dah hulur borang, geng terminal pun ada yang hulur...geng2 driver pun sama...cuma budak2 process jer takder bunyi apa2...diorang ni lebih suka tunggu dan lihat,untung sabut timbul untung batu tenggelam. Maka mendengarlah nasihat penasihat jalanan...selagi company tak jual T210, T360, T540 kat kedai besi buruk....InsyaAllah panjang lagi umur sesetengah orang ini dan itu kat sini...kalaupun dia jadik jual besi buruk takkan kita tak dapat BONUS besi buruk? Pun begitu jangan la sampai 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'...sebab rumah orang moden dah tak pakai kelambu lagi. Kalau James Chao ada terbaca artikel ni...tolong jangan bakar kelambu ok!