Saturday, November 22, 2008
FRIENDLY MATCH?????
Ganas, kejam dan sadis....itulah kesimpulan daripada perlawanan persahabatan Futsal diantara team A dan Team D di U5 Tmn Rinting pada 20 Nov 2008 jam 9mlm. Walaupun keputusan rasminya dimenangi oleh team A sebagai pasukan pelawat, ternyata aksi2 aksi ganas beberapa orang pemain tuan rumah telah sedikit mengganggu kelancaran dan emosi pemain2 team A. Pemain muda yg ingin dikenali sebagai Fabregas terpaksa 'diusung' keluar court setelah diberikan hentakan ala 'american football' oleh seorang pemain bertubuh 'gedabak' team D. Ketika ditemui selepas pertarungan itu Fabregas dengan ringkas merumuskan game ini sebagai takde 'prinsip dan ganas'.
Walau bagaimanapun permainan menjadi 'cool' selepas kehadiran pemain veteran dari Bahrain yang kemudian 'control the game' menyebabkan seorang demi seorang pemain Team D 'menghilangkan diri'. Apakah selepas ini team D akan terus sombong dan bongkak dengan kehebatan mereka 'membelasah' pemain2 lawan? Kita nantikan perlawanan balas dendam(mesti diorang tak puas hati punya....) yang akan datang. Just set up the date and place.We'll be there!!!
Pasukan kami dengan senangnya meratah dream team D macam ayam golek kat taman Pasir Putih. Penjaga gawang Team A, Awie Cassilas menyatakan perlawanan itu amat membosankan kerana tiada satu pun serangan yang merbahaya di buat. "Lebih baik aku lepak kat rumah dengan anak bini, malam jumaat lak tu".
Penjaga gawang team D menyatakan bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai penjaga gawang kerana amat malu disebabkan banyaknya jaringan diboloskan sambil menyatakan bahawa team A terlalu tinggi standardnya dan tidak selayaknya mereka melawan pasukan seperti itu.
Kepada pasukan yang berminat untuk menentang pasukan kami haruslah menewaskan Team D dahulu barulah pasang hajat untuk menentang team kami. Dan bolehlah berhubung dengan pengurus pasukan Encik Hafiz Jaafar aka Fibregas. Tetapi pastikan cukup training kalau tidak jadi macam team D. Maluuuu beb.... Dan pastikan tukang kira mestilah pemegang Ijazah sebab banyaknya gol yang akan dijaringkan oleh pasukan kami. Jangan jadi macam team D, banyak gol kami tidak dikira sebab tukang kira lemau...
Sunday, November 9, 2008
YANBU....dipilih atau memilih?
Monday, October 13, 2008
KISAH GULA-GULA
Maka berbondong-bondonglah orang2 TITAN menurunkan tandatangan.
Masing-masing tersenyum lebar...mula memasang angan-angan.
Bagi yang tak berpeluang nampaknya terpaksalah tunggu next 'cabutan bertuah'.
Tak pelah...mungkin bukan rezeki korang lagi.
Bukan takat budak process jer, geng2 engineer yg tak ingat nak berenti tu pun
sibuk ambik bahagian...Dah rezeki depa nak buat camner!
Begitulah kisah gula-gula TITAN. Tapi kali ni bukan gula-gula biasa...
Diorang bagi Gula-gula getah(chewing gum) pulak!!!
Wednesday, October 8, 2008
SIRIH PULANG KE GAGANG
Bak sirih pulang ke gagang...Team A kembali ceria menerima kembali kepulangan Ass. De FActo Leadernya Hari ini. Setelah hampir 3 bulan berada di team C...akhirnya beliau 'dihantar' balik ke team A apabila difahamkan ahli2 dalam team C yang tak boleh nak handle 'gurau kasar' mamat ni. Kemunculanya disambut dengan hilai ketawa dan tepukan guruh gemuruh. Lebih istimewa majlis sambutan tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Senior VP...mr. Vee.
Antara kata2 keramat mr. Vee pada majlis gilang gemilang itu ialah..."Jangan takut...Sign jerrr". Sehingga tengah malam tadi...Bahrin masih berkira-kira...sign?...tak sign?...sign?...tak sign?
Saturday, September 27, 2008
SELAMAT HARI RAYA

Sunday, September 14, 2008
AZALI,YUNOS,CHE DIN...'WE ALL LOVE U'

Sunday, September 7, 2008
Tak habis2 Panik!!!!
Khabar angin terus bertiup kencang....sorang lagi otai bakal meninggalkan team A. Menurut sumber2 yang boleh dipercayai, kemungkinan otai ni akan berhijrah ke KSA tak dapat disangkal lagi.
Menurut sumber itu lagi, beliau akan meninggalkan TITAN CHEMICALS pada minggu ke 3 ramadhan 1429H (beberapa hari selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya merampas pemerintahan Malaysia daripada Pak Lah & The Gang). Dijangka suatu perhimpunan tanpa permit akan diadakan pada hari terakhir beliau bekerja di TITAN CHEMICALS. Tarikh dan masa akan diumumkan oleh pihak penganjur apabila berita ini dapat disahkan kesahihannya.
Saturday, September 6, 2008
Demam Asma Rojak kembali lagi
Kemeriahan menikmati asma rojak tatkala berbuka puasa di pantry CCR berulang kembali. Tradisi turun temurun yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini tetap menjadi pilihan utama majoriti peminat2 asma rojak. Walaupun ada usaha2 untuk 'menukarkan' menu utama itu ke juadah ala western dan ala middle east... tetapi ternyata usaha2 tersebut gagal malahan mengundang kemarahan peminat2 hardcore asma rojak ini... Bagi sahabat2 yang pernah merasai kemeriahan menikmati asma rojak di pantry CCR(khususnya yg dah berpindah ke timur tengah)...anggaplah berbuka puasa tanpa asma rojak pada tahun ini sebagai ujian menahan nafsu peringkat tertinggi. Lagipun kalau kami nak courier dari malaysia pun takut2 sangkut kat kastam KSA pulak!!!By the way kalau ada sahabat2 di KSA yang nak courier kan kurma nabi, kami semua sangat2 mengalu-alukan...maklumlah kat sini buah kelapa sawit banyak la.
Friday, August 29, 2008
Mat Derus resign....panik lagi...

Sunday, August 17, 2008
Saiful tak ikut hukum syarie
Majlis sumpah oleh saiful pada hari jumaat 15 ogos 2008 si masjid KL dianggap tidak mengikut syarak! Begitulah menurut guru kami Al Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman dalam ulasannya berkenaan isu itu dalam program kuliah dhuhanya di surau Al Husna Seri Alam pagi ini. Mubahalah hanya untuk membuktikan antara islam dengan fahaman sesat,bersumpah hanya untuk suami isteri yang berbalah (Lian) dan untuk membuktikan seseorang tak bersalah dan bukan untuk menuduh pihak lain, manakala tidak ada dalam islam bersumpah dengan memegang atau menjunjung Al Quran.Menurutnya lagi DSAI tidak perlu membalas bersumpah melainkan dengan arahan hakim mahkamah syariah.Seharusnya saiful (jika ingikan keadilan) membawa kes ini kemahkamah syariah bukannya dengan bersumpah.Begitulah serba sedikit antara pandangan ustaz dalam isu ini. Semoga menjadi panduan dan peringatan kepada kita semua. InsyaAllah
Wednesday, August 13, 2008
KEHILANGANMU DIRASAI
Saturday, August 2, 2008
JAIS DAH TENDER!!!!!!....jangan panik!!!!!
31 july 2008.....setelah ntah brapa lama menimbang-nimbang akhirnya kawan kita ni berjaya jugak menghantar tender berenti kerja dari Titan.Tahniah dol!walaupun ramai yang tak rela dengan pemergian beliau (termasuk la aku),tapi mungkin kerana dah dapat petunjuk dari Ilahi...akhirnya keputusan yg penuh bersejarah ini terlaksana jua.. Anyway kami semua ucapkan selamat berhujrah kpd jais...semoga bertambah ilmu, iman dan amal...mudah mudahan kalau balik malaysia nanti dapat jadi ulama besar...
Beberapa hari sebelum itu beliau ada menceritakan detik2 bersejarah dalam hidupnya...iaitu saat akhir hayat allahyarham Hamzani...yg juga kawan baik aku...
Sangat beruntung seorang Jais yg dipertontokan Allah taala detik2 yang tak semua orang berpeluang menghadapinya....hasilnya...seorng jais yang byk ilmunya..warak dan ada ciri2 zuhud...tahniah dol!...
Thursday, July 17, 2008
Anwar Ibrahim dibogelkan
Anwar Ibrahim telah dibogelkan dalam proses siasatan keatas beliau ketika dibawa ke hospital malam tadi. Dia mendakwa alat sulitnya telah diukur selain daripada beberapa data lain yang turut diambil. Walaubagaimanapun beliau tidak membenarkan sampel darahnya diambil.
Sunday, July 13, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)