Thursday, May 12, 2011

Sol dah jadik bapak!!!

10 mei 2011 lebih kurang jam 4 pagi solehan telah disahkan menjadi seorang bapa kepada seorang bayi perempuan yang telah selamat dilahirkan oleh isterinya di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Kegembiraan jelas terbayang di wajah pasangan ini walaupun azabnya isteri beliau yang tanggung sorang. Ternyata solehan seorang yang boleh berdikari apabila menguruskan sendiri kelahiran anak pertama ini dengan sabar dan yakin....Kami warga team A mengucapkan tahniah kepada Sol dan isteri di atas kurniaan Allah ini dan kami juga tumpang bergembira dengan kehadiran orang baru dalam hidup kalian berdua....Belum hilang lagi keseronokkan trip kenduri kawin kat Felda palong tempohari....diam tak diam dah dapat anak korang yer.....

Sunday, May 8, 2011

2P-220A

(gambar hiasan)
Pihak pengurusan telah memutuskan setiap shif team dipertanggungjawabkan memulihara setiap pam berkuasa tinggi di dalam plant. Bagi berus bagi cat dan mulakan operasi. Idea memang dah bagus, selain dari dapat mencantikkan pemandangan dalam kawasan kerja secara tak langsung menjadikan teknisyen individu yang bertanggungjawab dan sayangkan harta benda syarikat....tapi disebalik tabir...ternyata tak semudah apa yang disangka...dalam kes macam ni KESABARAN perlu sentiasa berada ditahap maksimum!!!!